• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lancar Dua Buku Nukilan Juruterbang

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. melancarkan dua buku yang masing-masing ditulis oleh juruterbangnya, Kapten Lim Khoy Hing dan Kapten Monika Anggreini, sempena ulang tahun ke-10 majalah dalam penerbangan AirAsia, “travel 3Sixty”.

Buku berjudul “Sky Tales: More Insights from a Life in the Skies” dan “Iron Bird Monika” – merupakan edisi bahasa Inggeris bagi buku berjudul “Burung Besi Monika: Kisah Pilot Perempuan Dengan Semangat Tiga Kali Lipat Pilot Pria”.

Hasil Kapten Lim itu menampilkan himpunan panduan, anekdot dan pandangan yang dinukilkan dalam gaya menghiburkan dan bersahaja berdasarkan kerjaya penerbangannya.

Sementara itu, “Iron Bird Monika” mengisahkan keberanian dan keazaman yang mengiringi perjalanan Kapten Monika dalam mengejar impian menjadi juruterbang wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia sentiasa memberikan motivasi kepada warganya untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

“Siapa kata anda tidak boleh menjadi juruterbang dan penulis dalam masa sama? Saya amat bangga mempunyai dua kapten luar biasa yang bukan sahaja telah merealisasikan impian merekauntuk menghasilkan buku malah berkongsi pengalaman serta memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya semasa pelancaran buku itu di sini, hari ini.

Kedua-dua buku itu dilancarkan oleh Fernandes bersama-sama Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. dan CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun serta CEO AirAsia X, Benyamin Ismail. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd