• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Parah Jatuh Tingkat 5 Flat

oleh AK-47
15/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah selepas terjatuh dari rumahnya di Tingkat Lima Flat Desa Relau 1 dekat sini hari ini.

N.Keshvin dilapor terjatuh dari tingkap bilik rumahnya ketika dipercayai cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal yang tersangkut di ampaian.

Timbalan Ketua Polis Daerah (1) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Supt. Izwan Abdul Karim berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak berkenaan dilapor membuka jeriji tingkap bilik itu dan membuang basikal melalui tingkap itu.

“Basikal yang dibuang dari tingkap itu dikatakan tersangkut di ampaian dan kanak-kanak itu cuba memanjat tingkap untuk mengalihkan basikal itu.

“Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor kritikal tetapi stabil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dilapor terjatuh di kawasan meletak kenderaan flat itu dan ditemui oleh penduduk flat berkenaan.

Izwan berkata semasa kejadian ibu kanak-kanak itu keluar untuk mengambil anak keduanya berusia enam tahun di sebuah tadika di Sungai Ara dan meninggalkan anak bongsu dari tiga beradik itu bersendirian di dalam rumah kerana sedang tidur di bilik utama.

Beliau berkata ibu mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian itu daripada jiran yang menghubunginya dan menurut ibunya Keshvin adalah seorang yang hiperaktif. – BERNAMA

Tags: jatuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Terjatuh Lebih 10 Meter Ketika Panjat Pokok Petai

Lelaki Maut Terjatuh Lebih 10 Meter Ketika Panjat Pokok Petai

05/09/2024
0

LARUT : Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter ketika memanjat pokok petai di Kebun Durian di...

Penjual Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang

Maut Jatuh Di Kilang, Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah

28/12/2023
0

KUALA LANGAT - Tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti melibatkan kematian seorang lelaki di tempat kerjanya di sebuah kilang di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd