• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afiatul Buktikan Sindrom Down Boleh Berjaya!

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH ingat dengan pasangan adik beradik Bengah dan Afiatul yang pernah tular diperkatakan masyarakat kita suatu ketika dahulu?

Dulunya, mereka dikenali kerana gelagat mesra Bengah melayan Afiatul, adiknya yang menghidap sindrom down sehingga berjaya menerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30.

Baru-baru ini pula, tular di laman sosial apabila Afiatul telah berjaya menamatkan tujuh tahun tempoh persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai di Kuala lumpur.

Sabtu lalu, menyaksikan Afiatul Salsabiila Mohd Noor berjaya menerima sijil tamat persekolahan pada Majlis Graduasi ke-7 selepas belajar dalam aliran pendidikan khas di sekolah tersebut.

 

Sudah pasti kejayaan Afiatul merupakan kebanggaan keluarganya, lebih-lebih lagi abang kepada gadis itu, Hammad Zamakhashari Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama #AbangYangPenyayang dalam kalangan netizen.

“Jujurnya, saya sebagai abang dan antara yang paling rapat dengan Afiatul, rasa sebak apabila melihat dia berdiri di pentas pada majlis graduasi.

“Sebak rasa gembira sebab dia dah sampai ke tahap ni, untuk tamat persekolahan. Saya bergurau dan bermanja dengan gelarkan dia sebagai ‘kakak tingkatan tujuh’ sebab umur dia sekarang dah 19 tahun,” katanya dipetik mStar Online.

Tetapi, mesti ramai yang tertanya-tanya apakah hala tuju gadis itu selepas menamatkan zaman persekolahannya baru-baru ini.

“Ramai yang tanya selepas ini Afiatul akan bekerja ke, akan sambung belajar ke? Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi apa yang lebih penting hidup perlu diteruskan.

“Ada rezeki daripada Allah yang tertulis untuk dia. Cuma kita yang tak tahu. Tapi Bengah dan keluarga akan terus bimbing dia, insyaAllah,” kata Bengah yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik, manakala Afiatul anak bongsu.

Namun, Bengah tidak menghalang hobi adiknya jika ingin terlibat sama dalam persembahan video atau promosi produk di laman sosial.

Walaupun kadang-kala ada keluarga yang tidak boleh menerima kenyataan mempunyai ahli keluarga yang ada sindrom down, itu tidak menghalang Bengah untuk berkongsi semangat kepada mereka untuk sentiasa menghargai insan istimewa seperti adiknya itu.

“Teruskan bersama mereka, jangan putus harapan untuk berusaha meyakinkan mereka supaya hidup seperti biasa, sebagaimana kita yang lain.

“Saya juga manusia biasa, tidak sempurna dan ada juga kekurangan tetapi saya cuba berusaha menjadi abang yang penyayang untuk Afiatul dan contoh yang terbaik buat sesiapa yang merasa terbeban atau malu dengan insan istimewa,” katanya.

Semoga pasangan adik-beradik ini mampu memberikan contoh terbaik dan menjadi inspirasi kepada sesiapa yang dikurniakan insan seistimewa Afiatul. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Inilah detik yang terakam seawal pagi masa majlis bermula dan masa penganugerahan kepada graduan graduan istimewa kelas pendidikan khas. jelas sebutan dari menunggu giliran ternanti pengumuman nama Cik Pia.. Afiatul Salsabiila 😁🌸 dan rakan rakan sekelas dia. Abang bangga dengan kesemuanya.. *kesat peluh kat dahi* seperti mengambil segulung ijazah sarjana muda mudi cikebum cikebum. tiada reaksi yang bukan-bukan dari Cik Pia atas pentas dan alhamdulillah syukur semua dipermudahkanNya… doa kan yang baik baik kepada mereka yang istimewa ni ya. 🌸 #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam

A post shared by Abang Yang Penyayang (@makhlokmacho) on Sep 30, 2017 at 5:14am PDT

Tags: #AbangYangPenyayangAfiatulBengahCik Pia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd