• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penubuhan Syarikat Baharu FIC Di London

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Felda menegaskan tiada penubuhan syarikat baharu yang beroperasi di London oleh Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) seperti didakwa pembangkang.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli telah membuat satu tuduhan yang berat dengan mendakwa kononnya FIC menubuhkan sebuah syarikat baharu bertarikh 17 Oktober 2017.

Beliau berkata Rafizi membuat andaian itu dengan hanya melihat gambar satu dokumen ketika sidang media Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Putrajaya pada Ahad lepas berhubung FIC yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya naib presiden PKR itu mengandaikan tarikh yang tertera pada dokumen itu sebagai penubuhan syarikat, namun sebenarnya ia adalah pengesahan daripada pihak peguam terhadap satu salinan sijil saham sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak 2015.

“Beliau (Rafizi) tersilap merujuk kepada laporan akhbar dan memahami tarikh 17 Oktober itu sebagai tarikh penubuhan syarikat baharu, tetapi sebenarnya merujuk kepada tarikh salinan sijil saham oleh sebuah syarikat peguam di London, Anthony Louca Solicitors,’’ katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi menerusi blog dan Facebooknya mendakwa bahawa sebuah syarikat baharu ditubuhkan oleh FIC berdasarkan dokumen yang ditunjukkan oleh Razali Ibrahim dalam sidang media di Putrajaya pada Ahad lepas.

Ditanya sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi, Shahrir berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah FIC, esok. – BERNAMA

Tags: FICTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Felda Saman Isa Samad, 19 Yang Lain Isu Tanah Jalan Semarak

15/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa...

Isa, Zaid Beli Hartanah Felda, FIC Atas Nama Sendiri

10/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kajian audit forensik yang dijalankan oleh pengurusan baharu Felda mendapati pembelian hartanah Felda dan sayap pelaburannya, Felda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd