• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Askar Maut Diserang Taliban Di Pangkalan

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Sekurang-kurangnya 43 askar terbunuh dalam serangan berani mati oleh Taliban di pangkalan tentera di selatan Afghanistan, semalam, serangan ketiga seumpamanya membabitkan premis keselamatan minggu ini.

Cuma dua askar dipercayai terselamat dalam serangan di pangkalan yang terletak di Chashmo, Maiwand, wilayah Kandahar, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sembilan askar cedera dan enam masih belum ditemui.

Jurucakap kementerian, Dawlat Waziri berkata, penyerang meletupkan sekurang-kurangnya satu Humvee diisi letupan sebelum membakar lokasi itu dalam serangan dilancarkan pada waktu Subuh.

“Kami percaya mereka menggunakan Humvee berisi letupan untuk meletupkan pintu pagar ke pangkalan berkenaan dan kini menyiasat sama ada mereka menggunakan lebih daripada satu kenderaan.

“Malangnya, tiada apa yang ditinggalkan di dalam kem berkenaan. Mereka membakar segala-galanya,” katanya.

Taliban mengakui melaksanakan serangan itu dalam pesanan kepada wartawan yang mendakwa semua 60 anggota keselamatan di lokasi itu terbunuh. Sepuluh anggotanya dipercayai turut mati dalam kejadian itu.

Ia serangan berani mati ketiga membabitkan letupan dan penembak terhadap lokasi keselamatan minggu ini dengan jumlah kematian keseluruhan lebih 120 orang, merangkumi polis, askar serta orang awam.

Serangan menggunakan kaedah sama iaitu Humvee dipenuhi letupan yang digunakan untuk merempuh masuk ke tempat disasarkan.

Selasa lalu, dua serangan di tenggara Afghanistan membunuh 80 orang dan mencederakan hampir 300 yang lain. Serangan paling teruk dilaksanakan di pekarangan polis di Gardez, wilayah Paktia apabila militan menyamar sebagai polis meletupkan tiga kenderaan diisi letupan sebelum 11 lelaki bersenjata merempuh masuk.

Sekurang-kurangnya 60 orang termasuk Ketua Polis Paktia Toryalai Abdyani dan orang awam yang menunggu mengambil dokumen terbunuh manakala 230 yang lain cedera. Serangan kedai di Ghazni membunuh 20 orang, manakala 46 cedera. – AFP/myMetro Online

Tags: AfghanistanTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd