• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘1234U’ Bawa Aura Baru, Ramai Puji Fattah

oleh
08/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH cintanya bagaikan episod yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat tegarnya. Lagu baharunya turut sudah menjadi kegemaran ramai.

Semalam, hero pujaan Malaya, Fattah Amin baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul ‘1234U’. Hari ini, video klip itu sudah ditonton lebih daripada 50,000 kali!

Baca: Episod ‘Wanita Terakhir’ Dah Lepas, Kini ‘1234U’ pula?

Wowww… Hebat penangan Fattah ni. Baru sehari release, sudah ramai yang dengar. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan penyanyi terkenal, Aizat Amdan dan Mey Ramlan.

Lagu itu merupakan karya kedua-dua mereka bersama-sama dengan Fattah selepas lagu Wanita Terakhir  yang dihasilkan pada Januari lalu.

Makin bertambahlah demam #Fattzura lepas ni kan. Tak lama lagi mesti hashtag #Fattzura naik semula macam sebelum ni kan.

Sebelum muzik video ini dimuat naik dekat laman YouTube, Fattah sudahpun ‘membocorkan rahsia’ lagu itu di akaun Instagram miliknya.

Bayangkan, sebanyak 100,000 kali video di Instagram Fattah itu telah ditonton oleh netizen! Lepas ni berapa lah jumlah tontonan di YouTube pula selepas beberapa hari.

Lagu 1234U itu merupakan soundtrack atau runut telefilem terbaru Fattah dan Fazura yang bertajuk Wanita Terakhir. Eh… Telefilem ni kesinambungan hubungan cinta Fattah dan Fazura ke?

https://www.instagram.com/p/BZ5dbhUg03I/?taken-by=fattahaminz

Ramai peminat memberikan komen yang positif dengan mengatakan bahawa Fattah telah memberikan kelainan dalam nyanyiannya kali ini.

Mungkin bagi kebanyakan pendengar mengatakan bahawa lagu Wanita Terakhir itu rentaknya agak sedih, namun single baru Fattah ini sememangnya lain daripada yang lain.

Lagi-lagi bila Fattah turut menari-nari, bertambah comel lagu ni dibuatnya.

Ehemm… Betul ke yang lagu ni seakan-akan ditujukan khas buat Fazura? Yelah, dulu lagu Wanita Terakhir ditujukan buat Neelofa. Eh, betul ke? – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Fattah Aminlagu baru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd