• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Pendaki Tawan Puncak Rante Mario

oleh Ahmad Albab
06/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKASSAR (SULAWESI SELATAN) – Selepas menempuh pendakian selama 32 jam, 12 pendaki Kembara Terengganu De Latimojong berjaya menakluk puncak Rante Mario, Gunung Latimojong setinggi 3,479 meter tepat pukul 12 tengah hari, 4 Okt.

Pendakian selama dua hari satu malam itu disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, pengamal media Terengganu iaitu Bernama, KOSMO!, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, RTM, Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Astro Awani, Pejabat Menteri Besar dan Kelab Eksplorasi Terengganu.

Ketua Koordinator, Mohd Rafi Kori, 38, berkata cabaran pendakian bermula dari pos satu di Desa Karangan pada 9 pagi 3 Okt yang mana pendaki diuji dengan laluan sempit serta memerlukan kekuatan tangan dan kaki untuk menyusur di tepi-tepi lereng bukit.

“Ada satu masa pendaki terpaksa menahan cuaca pergunungan tidak menentu yang disertai hujan lebat, suhu dingin mencecah 4 darjah Celsius dan angin kencang sepanjang pendakian untuk menawan puncak kelima tertinggi di Indonesia,” katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, bermula dari pos lima pada ketinggian 2,500 meter sehingga ke puncak, pendaki dapat menikmati pemandangan indah hutan lumut dan perkampungan Karangan yang saujana mata memandang.

“Alhamdulillah, kesemua pendaki selamat tiba di puncak pukul 12 tengah hari 4 Okt dan pendaki melakukan gimik kejayaan pendakian menggunakan pakaian tradisional berkain batik dan memakai terendak sebagai identiti warisan Melayu Nusantara.

“Lebih manis, pendaki Indonesia turut teruja dan bersama-sama merakam detik kenangan dengan mengibarkan bendera Malaysia dan Indonesia bagi menandakan hubungan akrab dan integrasi kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, Chief De Mission yang juga Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata pendakian ini lebih bermakna apabila pasukan kendaliannya turut membuat khidmat amal kepada penduduk Desa Karangan dengan menyampaikan bantuan kewangan dan keperluan harian.

“Alhamdulillah…syukur kepada Allah perancangan untuk menawan puncak Rante Mario dipermudahkan dengan kesemua 12 pendaki berjaya turun dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas menempuh perjalanan yang panjang dan mencabar.

“Saya selaku ketua ekspedisi berasa agak tersentuh melihat kedaifan penduduk di Desa Karangan yang serba kekurangan dan jauh ketinggalan dari segi ekonomi.

“Diharap dengan bantuan yang dihulurkan dapat memberi sedikit kegembiraan dan keceriaan kepada masyarakat di situ,” katanya. – BERNAMA

Tags: gunungpendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd