• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Maut Pertempuran Baharu Taliban-Daesh

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JALALABAD (Afghanistan) – Dua belas anggota militan terbunuh manakala 12 lagi cedera selepas pertempuran baharu meletus antara Taliban dan kumpulan Daesh di timur wilayah Nangarhar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap kerajaan wilayah itu pada Isnin.

Pertempuran berlaku pada petang Ahad di daerah Dara-e-Noor dan Khogyani, yang menyaksikan tujuh pejuang Taliban dan lima anggota Daesh terbunuh manakala 12 yang cedera termasuk lima militan IS, kata Ataullah Khogyani kepada Xinhua.

Antara yang terbunuh ialah Sayyed Aga, pemimpin bayanganTaliban bagi daerah Dara-e-Noor.

Dalam perkembangan lain, polis turut menahan seorang anggota Daesh tempatan yang penting iaitu Belal di daerah Hasak Mina pada Ahad.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak-pihak bertelagah kepada media.

Kedua-dua kumpulan bersenjata itu sering bertempur kerana mahu meluaskan pengaruh masing-masing di beberapa bahagian Afghanistan yang dilanda konflik sejak kemunculan Daesh pada awal 2015.

Beberapa minggu lepas, 13 pejuang dari kedua-dua pihak dilaporkan terbunuh manakala 18 lagi cedera dalam pertempuran serupa di Nangarhar. – BERNAMA

Tags: DaeshPertempurantaliban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Perjanjian, Kerjasama Pendidikan Dengan Taliban

Tiada Perjanjian, Kerjasama Pendidikan Dengan Taliban

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak mempunyai hubungan rasmi atau kerjasama strategik dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd