• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.5 Juta Pemegang ASNB Berusia 6 Hingga 18 Tahun

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Terdapat sebanyak 1.5 juta pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berusia enam bulan hingga 18 tahun dengan pelaburan berjumlah RM6.746 bilion, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, jumlah itu mewakili 11.4 peratus daripada keseluruhan 13.1 juta pemegang unit pelaburan dalam 10 produk unit amanah ASNB yang direkodkan sehingga 31 Ogos lepas.

Generasi berusia enam bulan hingga 18 tahun merupakan antara sasaran PNB dalam program Didik Pelabur yang dianjurkan setiap tahun, katanya.

“Sebagai sebuah institusi yang diberi mandat untuk mengurus dan mengukuhkan ekuiti bumiputera di negara ini, kami mahu memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan generasi muda yang bijak mengurus wang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena penutupan Fiesta Labur PNB 2017, di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata, program selama empat hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran ASNB itu merealisasikan matlamat PNB untuk menyampaikan maklumat pelaburan kepada orang ramai terutamanya masyarakat Putrajaya dan kawasan sekitarnya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd