• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zakaria Dilihat Berada Di Menara Felda Hari Ini

oleh Ahmad Albab
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dilihat berada di Menara Felda hari ini.

Beliau tiba kira-kira dua jam selepas bermulanya mesyuarat pengurusan yang dipengerusikan oleh Pengerusi yang baru dilantik Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

Bagaimanapun, Zakaria berkata beliau bukan menghadiri mesyuarat itu tetapi ada perkara lain yang perlu beliau uruskan.

Bernama baru-baru ini melaporkan Azhar berkata bahawa beliau berhasrat untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif secepat mungkin, dan akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan FGV, selain menokok nilai kepada syarikat pertanian dan agro-komoditi dunia itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Zakaria berkata beliau percaya pelantikan Azhar akan membawa perspektif baharu dan positif kepada lembaga pengarah dan pengurusan FGV.

“Saya juga yakin momentum positif harga saham FGV minggu lepas akan berterusan, kerana pasaran yakin Azhar dan pengurusan mempunyai keupayaan untuk mengemudi syarikat kembali berada di landasannya.

“Menjadi harapan saya perkembangan positif ini akan menyuntik semangat baharu ke dalam kumpulan dan juga kakitangan, bagi memaksimumkan pulangan kepada pemegang kepentingan dan pemegang saham, terutamanya Felda dan peneroka,” katanya.

Pada pukul 11 pagi harga saham FGV meningkat enam sen kepada RM1.70 – BERNAMA

Tags: Datuk Zakaria ArshadFelda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd