• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tahan Sakit Sejam Kaki Masuk Jamban

oleh Ahmad Albab
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Seorang wanita menahan azab lebih sejam apabila kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas di kediamannya.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mangsa berusia 37 tahun itu dikatakan terjatuh ketika berada di dalam tandas di rumahnya yang terletak di Jalan Bunga Raya 2, Kampung Batu Caves, di sini.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk memecahkan mangkuk tandas jenis duduk itu menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.58 pagi.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan dua jentera bergegas ke lokasi.

“Kaki kanan wanita itu tersangkut pada lubang tandas dan mangsa berada dalam keadaan terduduk. Operasi mengeluarkan kaki mangsa dijalankan penuh berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata, kaki kanan wanita itu mengalami kecederaan ringan dan mangsa diserahkan kepada petugas perubatan Hospital Selayang untuk rawatan susulan. – myMetro Online

Tags: Kakimangkuk tandas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Cedera Di Kaki Terkena Tembakan

Lelaki Cedera Di Kaki Terkena Tembakan

27/04/2023
0

BACHOK: Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan semasa berada berhampiran sebuah bangsal di Kampung...

Kaki Dipercayai Milik Pendaki Dijumpai

16/05/2022
0

IPOH – Pasukan penyelamat menemukan tubuh manusia dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd