• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Animasi 3D Kebakaran Pusat Tahfiz Tular

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR menerusi laman sosial sebuah video animasi tiga dimensi (3D) menunjukkan ‘gambaran’ tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 Mei lalu.

Video berdurasi kurang daripada empat minit itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Muhamad Harris Nasril di halaman Facebook miliknya beberapa hari lepas.

Lelaki berkenaan didakwa sebagai rekonstruksi animasi yang menggambarkan secara jelas dan terperinci bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Dia turut menyatakan setiap penjelasan tentang pelan lantai aras asrama dalam animasi itu adalah berdasarkan dapatan maklumat yang diperoleh daripada pihak berkuasa.

“Di manakah terletaknya dua tong gas yang dibukakan injapnya? Bagaimana terdapat beberapa pelajar menyelamatkan diri?

“Bagaimana pula 23 yang lain terkorban dan terperangkap? Adakah pihak sekolah mengabaikan aspek keselamatan?” tulisnya menerusi posting berkenaan.

Video yang tular itu, secara tidak langsung telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada menyambut secara baik kerana beranggapan ia sedikit sebanyak membantu beri pemahaman lebih jelas tentang kejadian.

“Bagus ni Harris. Dengan adanya ilustrasi 3D ni, pembaca lebih peka dan faham situasi sebenar yang berlaku,” komen Hisyam Salleh.

“Great job on the reconstruction! Sedikit sebanyak dapat memberikan closure dan pemahaman terhadap apa yang berlaku. Saya betul betul betul betul betul berharap agar tindakan maksimum diambil agar institusi yang lain memandang aspek keselamatan dengan lebih serius,” kata Nurul Adni.

Ada juga yang mengakui video itu mengundang emosi sebak dan berkata seolah-olah dapat merasai sendiri saat genting yang dialami oleh mangsa terbabit.

“Allahu, sedih nya Harris, nampak clear picture bagaimana budak-budak (arwah) cuba menyelamatkan diri, grill penuh, keliling dinding… Jatuh air mata,” rintih Zakiah Arifin.

Dalam pada itu, terdapat juga pihak yang mempersoalkan kewajaran analisis berkenaan dibuat.

“Harris Nasril… Aku rasa lebih molek kau pegi interview dulu mangsa yang terselamat tu, dapatkan cerita sebenar semasa kejadian.

“Sebelum kau tularkan analisis macam ini yang lebih kepada andaian membawa kepada persepsi negatif kepada umum.

“Atau bahasa mudah, menghasut dan menfitnah. Ok? Aku nasihat je…sebab kau pun bukan orang yang sepatutnya untuk keluarkan analisis macam ni bagai… you are nobody,” cadang Anuar Ibnu-Manan Ibnu-Abas.

Video yang tular itu sehingga kini dilihat telah mendapat lebih daripada 32,000 tontonan di media sosial.

Insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 orang termasuk dua guru agama merupakan kes kedua terbesar yang pernah berlaku melibatkan sekolah agama. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: kebakaran pusat tahfizKebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penantian Filem Tombiruo, Ramlee Teruja

Next Post

AHB: PM Mahu Bumiputera Miliki Hartanah Komersial

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Next Post

AHB: PM Mahu Bumiputera Miliki Hartanah Komersial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd