• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Urusan Jenazah, Hanya Ambil Masa Lapan Minit Seorang

oleh
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira dalam lapan minit sahaja masa yang diambil bagi menguruskan setiap seorang jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Aziz Jusoh berkata, pasukan pengurusan jenazah diketuai Jawi melakar sejarah tersendiri apabila kesemua 23 mangsa berjaya diuruskan dalam masa tiga jam dan 15 minit.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Aziz Jusoh.

Kiranya, secara purata seorang jenazah hanya mengambil masa dalam sekitar lapan minit. Abdul Aziz memberitahu pencapaian itu adalah hasil kerjasama berpasukan dan sokongan padu daripada semua pihak.

Ini termasuklah agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, dan orang perseorangan yang dikatakan banyak membantu dalam melancarkan lagi urusan berkenaan.

Tambah Abdul Aziz lagi, semua mangsa yang dikebumikan di sekitar Lembah Klang termasuk Seremban, Negeri Sembilan dikatakan selamat disemadikan sebelum jam 10 malam Jumaat.

Manakala, urusan pengebumian mangsa di Kelantan pula telah selamat disemadikan sekitar jam 3 pagi Sabtu.

“Secara keseluruhannya, semua mangsa yang dikebumikan di sekitar Lembah Klang, termasuk di Seremban, Negeri Sembilan selamat dikebumikan sebelum jam 10 malam.

“Jenazah yang dikebumikan di Pengkalan Kubor, Kelantan pula selamat disemadikan pada kira-kira jam 3 pagi,” katanya dilaporkan Berita Harian.

Abdul Aziz merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu urusan jenazah tersebut.

“Agensi lain yang turut serta ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

“Juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” ujarnya.

Sementara itu, pihak Jawi turut mendoakan agar semua ahli keluarga mangsa kebakaran terus diberi ketabahan dan kekuatan bagi menghadapi ujian berat ini.

“Pihak Jawi juga mendoakan supaya seluruh anggota keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian Allah ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: kebakaran pusat tahfizKebakaran Tahfiz IttifaqiyahPusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Bakar Tahfiz Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan

17/08/2020
0

REMAJA lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari...

Kecoh Kes Buli Di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang sebelum ini pernah menjadi perhatian umum akibat kebakaran yang mengorbankan 23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd