• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR Diteruskan Sehingga Tiba Masa Sesuai

oleh Ahmad Albab
11/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan sehingga tiba masa yang sesuai untuk ia digantikan dengan sistem lain.

Beliau berkata kajian untuk mengenal pasti sistem yang sesuai masih dijalankan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ibu bapa.

“UPSR akan diteruskan sehingga kita selesai (berbincang dengan semua pihak). Urusan ini panjang (mengambil masa yang lama). Urusan dengan ibu bapa, profesional, kesatuan, ahli akademik, semua sekali perlu duduk bersama.

“Bukan mudah kalau hendak buat sesuatu yang luar biasa ini (menukar UPSR). Jadi UPSR akan berjalan dulu sehinggalah (tiba) masa yang sesuai kita tukar,” katanya kepada pemberita.

Beliau melawat Sekolah Kebangsaan Sri Gaya di sini bagi meninjau perjalanan UPSR yang bermula di seluruh negara hari ini.

Turuth hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

Seramai 443,794 calon UPSR di seluruh negara termasuk kira-kira 44,000 di Sabah menduduki peperiksaan itu yang daripada jumlah berkenaan seramai 433,536 murid merupakan calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan manakala selebihnya adalah calon sekolah swasta.

Sementara itu Mahdzir berkata laporan pencapaian murid Tahun 6 bagi tahun ini akan dibuat secara holistik merangkumi bukan sahaja aspek akademik atau keputusan UPSR, tetapi juga aspek kokurikulum, sahsiah diri, sukan dan sebagainya di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

“Jadi markah bagi seseorang pelajar itu bukan sahaja dalam akademik. Kita hendak lihat pencapaian pelajar itu secara holistik. Sebab itulah guru kena bagi (markah) di sekolah,” katanya.

Menurutnya, pentaksiran berkenaan adalah untuk faedah pelajar sendiri apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kelak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd