• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMP Perkenal Inovasi Pengacau Automatik

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini memperkenalkan inovasi pengacau automatik yang memudahkan proses memasak pada Program Ibadah Korban dan Akikah universiti itu di kampus Gambang di sini.

Produk yang merupakan inovasi bersama pensyarah dan kakitangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) UMP yang diketuai Dekannya, Prof. Datuk Dr. Zularisam Ab Wahid itu mengambil masa selama kira-kira dua bulan untuk disiapkan.

“Prosesnya bermula pada Julai dan siap sepenuhnya Isnin lalu. Inovasi ini membolehkan kerja memasak yang menggunakan tenaga sekitar empat atau lima orang untuk mengacau masakan dikendalikan oleh seorang sahaja selain mampu mempercepatkan proses memasak.

“Alat pengacau automatik ini menggunakan tenaga elektrik dan selain makanan berkuah, ia juga sesuai untuk masakan kuih yang memerlukan adunan dikacau dalam tempoh lama seperti dodol,“ katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Zularisam berkata mesin itu diperbuat daripada bahan yang menepati aspek kesihatan selain dilengkapi pelaras kelajuan untuk disesuaikan dengan cara satu-satu juadah dimasak.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim yang merupakan pencetus idea kepada ciptaan tersebut, berkata beliau berharap inovasi berkenaan dapat ditambah baik supaya lebih fleksibel dan boleh dikongsikan dengan masyarakat.

“Inovasi ini boleh ditambah baik lagi supaya boleh dikomersialkan khususnya bagi mereka yang terlibat dalam industri makanan untuk memudahkan kerja dan membantu mengurangkan kos serta menjimatkan masa,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ibadah korban dan akikah, Daing Nasir berkata sebanyak sembilan ekor lembu termasuk tiga yang disumbangkan kepada Masjid UMP Pekan dekat sini dikorbankan untuk diagihkan kepada masyarakat di sekitar Kuantan dan Pekan.

Katanya seramai 80 sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan penuntut UMP terlibat dalam pelaksanaan program itu yang dianjurkan Pusat Islam dan Pembangunan Insan universiti itu.

“Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman warga kampus tentang ibadah korban selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga UMP,” katanya. – BERNAMA

Tags: pengacau automatik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd