• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tuduhan Itu Amat Berat” – Dr. Subramaniam

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kementerian Kesihatan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura sebagai tanda tidak puas hati dan kesal susulan tindakan sebuah portal berita republik itu memfitnah perkhidmatan kesihatan dan kakitangan perubatan negara ini, kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramanian, berkata perbincangan diadakan dengan Kementerian Luar bagi merangka draf dan menghantar surat rasmi berkenaan dalam tempoh terdekat.

Katanya, kementerian menyelar tindakan tidak bertanggungjawab portal berita itu yang menyiarkan berita tanpa memeriksa kesahihan fakta sehingga mendatangkan impak negatif serta tohmahan kepada seluruh warga perkhidmatan kesihatan dan kakitangan perubatan awam Malaysia.

“Dakwaan kononnya ambulans hospital lambat tiba tidak benar kerana pemeriksaan rekod log berkomputer dibuat dari tempat panggilan kecemasan, tiba di lokasi dan kembali semula ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Tuduhan kononnya kakitangan enggan memberi rawatan jika bayaran tidak dibuat juga tidak berasas kerana rawatan kecemasan segera sudah diberi kepada mangsa sebelum ketibaan waris dan keluarga dari Singapura.

“Semua tuduhan ini amat berat sedangkan Kementerian Kesihatan mempunyai prinsip nyawa manusia adalah keutamaan berbanding perkara lain.

“Perkara sudah terlanjur. Ia bukan saja membawa impak negatif kepada kami tetapi juga merendahkan moral dan motivasi kakitangan kesihatan awam yang bekerja keras dan berdedikasi bagi menyelamatkan nyawa.

“Surat berkenaan akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia secepat mungkin. Kita akan menunggu maklum balas Singapura dan pada masa sama berbincang dengan peguam kementerian bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas peletakan batu asas bangunan baru SJK (T) Ladang Nyior, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan.

Kementerian Kesihatan sebelum ini diminta menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita Singapura yang menyiarkan artikel tidak berasas mengenai kematian seorang rakyat negara itu di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, dilaporkan berkata, berita terbabit disiarkan tanpa fakta benar dan memberi tekanan terhadap motivasi warga kerja Jabatan Kesihatan negeri. – BERNAMA

Tags: Kementerian KesihatanKKMSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd