• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tonto Sukarkan KPDNKK Banteras DVD Cetak Rompak

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tindakan licik tonto mengintip pergerakan keluar masuk kenderaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan serbuan terhadap premis menjual DVD cetak rompak menjadi penghalang kepada pegawai penguat kuasa membanteras kegiatan itu.

Pengarah KPDNK Melaka, Jaiya Abu berkata sebelum melakukan serbuan, pegawai penyiasat akan membuat risikan bagi mengenal pasti premis terbabit, namun apabila melakukan serbuan, pasukan penguat kuasa gagal menemui bahan bukti kerana mereka menutup operasi perniagaan pada hari berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkinan bahawa perniaga mendapat maklumat awal dan menutup kedai atau menyorok bahan bukti apabila mengetahui maklumat daripada tonto,” katanya kepada pemberita pada sidang media operasi membanteras cetak rompak dan barang tiruan oleh KPDNK Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata tonto dipercayai bertanggungjawab menyebarkan maklumat awal serbuan KPDNKK kepada peniaga dengan mengekori pergerakan kenderaan KPDNKK.

Beliau menolak kemungkinan kebocoran maklumat daripada dalam jabatan dan puas hati tiada kes membabitkan kebocoran maklumat berlaku. Beliau percaya dengan sikap tanggungjawab para pegawai penguat kuasa yang ada.

Jaiya berkata KPDNKK memandang serius lambakan penjulan DVD cetak rompak di negeri ini dan sentiasa melakukan langkah proaktif dengan melakukan penguatkuasaan dan serbuan.

Katanya pada bulan Ogos hingga September 2017, pihak penguat kuasa KPDNKK berjaya merampas sebanyak 6,592 keping DVD cetak rompak membabitkan lima kes dengan rampasan bernilai RM32,960 di beberapa kawasan sekitar daerah Melaka Tengah.

Jaiya berkata kes penjualan DVD cetak rompak boleh disiasat di bawah Perintah 4(4) (a) Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,00 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat tentang penjualan DVD cetak rompak atau barang tiruan boleh menghubungi KPDNKK Melaka di talian 06-2345822 atau hadir sendiri ke ibu pejabat KPDNKK Melaka. – BERNAMA

Tags: Cetak RompakKPDNKKTonto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

Jadual Sudah Naik Sehari Lebih Awal

21/05/2022
0

Kuala Lumpur : Tidak hanya memfokuskan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), malah anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd