• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Terus Main Peranan Aktif Dalam Penjanaan Tenaga

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memainkan peranan aktif dalam menyokong sasaran penjanaan tenaga diperbaharui (RE) Malaysia dengan memanfaatkan daya saing dan kekuatannya di dalam dan di luar negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata syarikat utiliti negara itu telah mengadakan usaha sama untuk stesen penjanaan kuasa biomas, antaranya, di Jengka, Pahang dengan Felda dan dua stesen janakuasa biogas di Layang-Layang, Johor dan Bagan Datuk, Perak dengan Sime Darby.

Syarikat juga telah mengadakan usaha sama untuk dua stesen janakuasa biogas di Puchong dan Jeram, Selangor dengan Worldwide Holdings.

Selain biomas dan biogas, TNB juga telah memulakan projek Solar Berskala Besar (LSS) pertama di negara ini melalui projek 50 megawatt (MW) di Kuala Langat, Selangor.

“Projek itu, yang akan dibina di tapak seluas 98 hektar, berfungsi sebagai pemangkin kepada aspirasi TNB dalam membangunkan projek RE di negara dan rantau ini,” katanya.

Menurutnya lagi, apabila siap pada November 2018, kapasiti elektrik TNB yang dihasilkan daripada sumber RE akan meningkat kepada 73.2MW daripada 23.2MW pada masa ini.

Bagi membiayai projek itu, TNB berkata syarikat telah mendapat pembiayaan dan keperluan modal kerja berjumlah RM348 juta dari Affin Islamic Bank pada 19 Julai.

“Projek LSS akan menyediakan pekerjaan untuk penduduk berdekatan semasa peringkat pembinaan dan kemudian, pendedahan pendidikan kepada orang ramai, khususnya pelajar mengenai teknologi solar dan operasi projek tenaga solar,” katanya.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada usaha RE antarabangsanya, TNB telah mengambilalih portfolio aset RE utama dalam solar, angin dan hidro di United Kingdom, Turki dan India dengan kapasiti penjanaan terkumpul hampir 600MW.

Langkah itu mencerminkan komitmen syarikat untuk mengembangkan perniagaan RE dan untuk memperjuangkan usaha RE di Malaysia dan ASEAN, katanya. – BERNAMA

Tags: TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd