• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ter’over’ Gurau, Zizan Razak Mohon Maaf

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN ‘terlajak’ gurau, pelawak dan pelakon Zizan Razak memohon maaf kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof serta institusi istana di atas keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia 29 (FFM29) malam kelmarin.

Kata pelakon Polis Evo itu, dia sekadar bergurau dan tidak berniat mengguris hati sesiapa terutamanya Hans dan Eizlan.

“Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak.

“Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Zizan lagi, dia tidak sangka jenakanya pada malam itu menyinggung hati sesetengah pihak sehingga dia telah dikritik hebat.

“Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.

“Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya.

Pada Ahad, Hans mengatakan dia tersinggung dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan dan menjejaskan imej dan namanya.

Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan dibeli.

Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Selain Hans, Eizlan turut terkena ‘tempias’ gurauan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: eizlan yusofHans IsaacZizan Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Makmal Dadah Dibongkar, 2 Beradik Ditahan

Next Post

Polis Buru Wanita Suka Berak Depan Rumah Orang

Related Posts

Hans Isaac Bakal Calon PKR Parlimen Ampang?

18/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan...

Eizlan, Natasha Selamat Bernikah

13/12/2019
0

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat menjadi suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29,...

Next Post

Polis Buru Wanita Suka Berak Depan Rumah Orang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd