• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah mengemukakan surat peletakan jawatannya daripada Lembaga Pengarah dana itu berkuat kuasa pada 30 September 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, dana pelaburan strategik kerajaan itu berkata surat peletakan jawatan berkenaan telah dikemukakan pada mesyuarat Lembaga Pengarah ke-84 yang berlangsung hari ini.

“Tan Sri Nor Mohamed juga akan mengosongkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (berkuat kuasa) pada tarikh sama,” kata kenyataan itu.

Nor Mohamed telah berkhidmat dengan Lembaga Pengarah itu selama 15 tahun dan menjadi ahli paling lama dan satu-satunya Timbalan Pengerusi dalam sejarah Khazanah selama 23 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Khazanah Nasional, turut merakamkan terima kasih di atas sumbangan Nor Mohamed terhadap Khazanah, terutama usaha beliau dalam Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan selama 10 tahun.

“Ahli Lembaga Pengarah menerima keputusan itu dan kita mendoakan yang terbaik untuk beliau,” kata Perdana Menteri.

Nor Mohamed turut memainkan peranan utama bagi kejayaan pelbagai inisiatif, termasuk penambahbaikan dan transformasi Khazanah dari 2004 sehingga sekarang, Program 10 tahun Syarikat Berkaitan Kerajaan dari 2004 hingga 2015, pembangunan pelbagai koridor ekonomi termasuk Iskandar Malaysia serta penubuhan termasuk Yayasan Hasanah dan Institut Penyelidikan Khazanah.

Kesemua inisiatif itu dan usaha lain berkenaan dilaksanakan menerusi kapasiti beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah serta menerusi kedudukannya dalam pelbagai perkhidmatan awam termasuk Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (2000 hingga 2003), Menteri Kewangan Kedua (2004 hingga 2009) serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (2009 hingga 2013). – BERNAMA

Tags: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Bertanggungjawab ‘Rugi’ Urus Niaga Mata Wang”

06/09/2017
0

PUTRAJAYA – Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini berkata memang berlaku kerugian urus...

Isu BNM Forex: Nor Mohamed Yakcop Beri Keterangan

28/05/2017
0

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas Siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd