• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Nak Salam Beckham, Gadis Ini Dipuji Netizen

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM kecoh tentang kedatangan David Beckham ke Malaysia. Boleh dikatakan semua netizen teruja untuk berjumpa bertentang mata dengan bintang bola sepak pujaan ramai itu.

Mana tidaknya, bukan selalu artis atau selebriti dari luar negara membuat kemunculan di negara kita kan…

Tapi, ada satu adegan yang berjaya mencuri perhatian netizen dalam keriuhan majlis yang berlangsung di pusat beli belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur itu.

Tular satu video pendek dikongsikan di aplikasi Live menerusi laman Instagram memaparkan seorang gadis yang berpeluang berdiri sepentas dengan bintang itu telah menolak untuk bersalam dengan dengan Beckham.

Rasanya kalau individu lain pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalam dan mengabadikan kenangan bergambar bersama public figure kegemaran mereka.

Tapi, tidak buat gadis ini. Dia hanya menunduk tanda hormat apabila Beckham cuba menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

Gadis yang bertudung hijau itu tetap tegas dengan pendiriannya walaupun berhadapan dengan bekas bintang bola sepak kelab Manchester United tersebut.

Beckham pula dengan profesionalnya hanya mengangguk faham beserta senyuman tanda mengerti tanda menghormati keputusan gadis tersebut.

Tindakan gadis tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memuji gadis ini kerana masih menjaga batas pergaulannya sebagai seorang yang beragama Islam.

Dalam pada itu, kemunculan bintang berusia 42 tahun di pusat beli belah itu bersempena program tertutup AIA Vitality Wellness Festival. Jangan tak tahu, Bechkham dilantik menjadi Duta Global AIA pada Mac lalu.

Respeklah kat gadis ini! Walaupun teruja dapat peluang bertentang mata dengan Beckham, namun dia masih tidak membelakangkan agama dalam segala perkara. Tahniah! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: AIA Vitality Wellness FestivalDavid BeckhamPavilion
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harper Seven Beckham ‘Kembar’ Anna Wintour

20/02/2019
0

ANAK bongsu pasangan David dan Victoria Beckham mencuri tumpuan ramai sewaktu mereka sekeluarga ke pertunjukan fesyen. Harper, 7, kelihatan comel...

TMJ Bersama Beckham, Ozil Saksikan Perlawanan Arsenal-Tottenham Hotspur

20/12/2018
0

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates, London...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd