• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Syukur Kali Ini Ada Suami Di Sisi Saya” – Nora Danish

oleh
20/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASTI semua sudah tahu mengenai berita kehamilan pelakon kecil molek, Nora Danish.

Sebelum ini, Nora telah diceraikan oleh bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli ketika dia sedang mengandungkan anak pertama mereka, Putra Rayqal pada sembilan tahun yang lalu.

Namun kini, Nora bakal menghitung hari kelahiran bayi keduanya ini bersama suaminya di sisi, Nedim Nazri. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac yang lalu.

Dugaan yang menimpa dirinya sebelum ini dijadikan pengajaran dan dia turut bersyukur dengan kehidupannya yang sekarang bersama dengan suami tercinta dan anaknya.

“Memang ia berbeza, dahulu saya mengandung tanpa suami di sisi. Tetapi Alhamdulillah kini saya sangat bersyukur kerana ada suami di samping saya,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan.

Mereka berdua tidak terlampau memikirkan jantina bayi itu dan Nora dijangka melahirkan bayi itu sekitar bulan Mac tahun hadapan.

Jika sebelum ini kedua-dua pasangan ini telah dikurniakan anak lelaki hasil daripada perkahwinan yang sebelum ini, pastinya kali ini mereka mahukan anak perempuan.

“Kami tidak kisah soal jantina, janji sihat. Tetapi terfikir juga untuk dapatkan anak perempuan pula selepas dua anak lelaki,” katanya lagi.

Selain itu, Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, turut ditanyakan mengenai isu hak penjagaan anak yang timbul berkaitan Nedim bersama dengan bekas isterinya, Nabilah Khan.

“Saya tidak tertekan soal itu memandangkan perkara itu diuruskan suami. Kalau suami tiada saya akan bersama rakan- rakan yang sentiasa menemani saya.

“Jadi fikiran saya sentiasa positif,” tambahnya lagi.

Nedim juga memuat naik gambar pregnancy test yang diberi oleh Nora kepadanya pada dua bulan yang lalu. Ramai netizen turut terharu dengan kapsyen yang ditulis oleh Nedim itu.

Semoga pasangan ini sentiasa bahagia di samping keluarga yang tercinta dan mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: NEDIM NAZRINora Danish
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Sabah Tak Gentar Pendekatan Pembangkang

Next Post

Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

Related Posts

Ramai Puji Nora Danish Masih Cantik Berimej Botak

30/09/2018
0

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad. Bagaimanapun, menerusi...

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

05/06/2018
0

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon, Nora Danish yang sering menjadi...

Next Post

Kencing Atas Jalur Gemilang, Suspek Memang Bermasalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd