• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kembali Ke Pusat Tahfiz Selepas Kebakaran

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELURUH negara terkejut apabila pihak polis pada Sabtu lalu mengesahkan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selesai dengan penahanan tujuh suspek remaja.

Semalam, netizen bertambah kecoh menerusi laman sosial apabila ‘panas’ diceritakan mengenai reaksi tidak bersalah salah seorang suspek terbabit apabila disoal siasat tentang kejadian pada 14 September itu.

Baca: Suspek Tak Menyesal Bakar Tahfiz – Sumber

Hari ini, kita dikejutkan pula dengan kenyataan seorang suspek yang dikatakan telah datang semula ke lokasi kejadian selepas beberapa jam berlakunya kebakaran tersebut.

Dikhabarkan, seorang suspek yang berusia 15 tahun itu pernah selamba datang kembali ke pusat tahfiz berkenaan untuk melihat sendiri keadaan bangunan yang telah dibakarnya.

Dengar-dengarnya dia juga sempat berbual dengan salah seorang pelajar pusat tahfiz berkenaan dan berpura-pura tidak tahu-menahu dengan apa yang telah terjadi.

Namun, sudah semestinya pelajar tersebut tidak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana reaksi ditunjukkan suspek seperti orang lain yang masih tertanya-tanya dengan perkhabaran kebakaran itu.

“Saya ada terjumpa dia (suspek) jam 8 pagi hari kejadian. Dia datang dekat saya dan tanya macam mana boleh jadi macam ni.

“Masa tu saya pun tidak syak apa-apa sampailah dapat tahu dia salah seorang yang ditahan polis,” katanya dipetik laporan oleh BH Online.

Bagaimanapun, pelajar itu terselamat daripada tragedi menyayat hati ini kerana secara kebetulannya telah pulang ke rumah keluarganya pada malam sebelum kejadian.

“Saya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh ibu yang memaklumkan pusat tahfiz terbakar.

“Saya ingat ibu bergurau tetapi sebaik mengetahui kejadian itu, saya dan bapa terus ke lokasi.

“Sebaik tiba, saya dapati pusat tahfiz sudah musnah. Saya tak sangka akan kehilangan ramai kawan dan ustaz (warden),” katanya.

14 September lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dilaporkan terbakar dan musnah di bahagian premis tersebut. Tragedi ini telah mengorbankan 23 nyawa termasuk dua warden.

Pihak polis turut mengesahkan kejadian ini berlaku bermotifkan balas dendam yang melibatkan adegan ejek-mengejek antar pelajar pusat tahfiz dan juga suspek. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: kebakaran pusat tahfizKebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Doktor Paling Ramai Tidak Bayar Cukai

Next Post

Kerajaan Sepanyol Usir Duta Besar Korea Utara

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Next Post

Kerajaan Sepanyol Usir Duta Besar Korea Utara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd