• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kebakaran Tahfiz Tak Boleh Dihukum Mati

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suspek yang berumur di bawah 18 tahun bagi kes 23 orang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz di sini Khamis lepas, tidak boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya mereka disabit bersalah dalam kes itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana Seksyen 97 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 menjelaskan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri.

Di samping itu, Seksyen 94 akta yang sama, memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan insiden itu, tujuh remaja berumur antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Azalina, ketika ini kesemua suspek masih ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Pada awal pagi Khamis lepas, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut selepas terperangkap dalam kebakaran di asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan.

Azalina berkata tiada mana-mana individu boleh mengatasi undang-undang dan suspek berkenaan akan diadili mengikut undang-undang sedia ada.

Beliau berharap insiden berkenaan dijadikan pengajaran kepada semua pihak khususnya ibu bapa dalam membendung kes-kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Menteri itu turut meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Saya percaya kes ini akan diadili sebaik mungkin setelah dibawa ke mahkamah nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Saidkebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hujan Lebat Awal Pagi Kawasan Rendah Dinaiki Air

Next Post

Imigresen Ambil Alih Seliaan Semua PTS Di Sabah

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

Next Post

Imigresen Ambil Alih Seliaan Semua PTS Di Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd