• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Lancar 3 Klinik Bergerak Wakaf

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan tiga klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Klinik bergerak itu adalah hasil kerjasama Wakaf Selangor Muamalat yang ditubuhkan atas usaha sama antara Bank Muamalat Malaysia Bhd dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan hospital terpilih.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata dua daripada kinik bergerak itu adalah dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Damansara dan KPJ Perdana, Kota Bharu, Kelantan, manakala sebuah lagi adalah dengan kerjasama Hospital Pakar Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya.

Beliau berkata melalui kolaborasi ini, Wakaf Selangor Muamalat menyediakan kenderaan yang diubah suai menjadi klinik bergerak manakala pihak hospital menyediakan petugas dan ubat-ubatan.

“Setiap klinik beroperasi mengikut lokasi yang telah ditetapkan dan sesekali beroperasi secara ‘ad-hoc’. Antara rawatan yang ditawarkan ialah pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, pemeriksaan penglihatan, pemeriksaan fizikal dan khidmat konsultasi.

“Sehingga hari ini, klinik ini telah beroperasi di beberapa buah masjid, pangsapuri, depoh tahanan dan pusat khidmat masyarakat di beberapa daerah di Selangor. Ia juga pernah memberi rawatan kesihatan kepada mangsa banjir di Gua Musang, Kelantan pada penghujung 2014 dan awal 2015,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran itu.

Menurut Abdul Rahman sehingga kini, Wakaf Selangor Muamalat telah menyumbang sebanyak RM8.8 juta dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Wakaf Selangor Muamalat merupakan satu program kutipan dan agihan dana wakaf tunai yang dilancarkan pada 27 Sept 2012, bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bank serta orang awam untuk berwakaf dan sumbangan wakaf akan diagihkan kepada dua sektor iaitu pendidikan dan kesihatan.

Selain itu, dana juga disalurkan ke sektor pelaburan bagi mengembangkan nilai dana wakaf.

Bank Muamalat melalui rangkaian cawangannya di Malaysia telah mengumpul serta menguruskan dana wakaf bersama-sama dengan PWS, dan penyumbang dana pula layak mendapat potongan cukai tujuh peratus daripada pendapatan agregat untuk individu serta 10 peratus bagi korporat.

PWS pula merupakan badan yang ditubuhkan atas titah perintah Sultan Selangor dan antara fungsi perbadanan ini ialah merancang, melaksana dan membangun pelaksanaan harta wakaf Selangor. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Sudah Meluat Dengan Ahli Politik – Sultan Selangor

20/10/2020
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kebimbangan berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada berkesudahan...

Sultan Selangor Berkenan Beli Kasut Emas Khalid Jamlus

14/09/2020
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus, pada satu nilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd