• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Muhammad V Berangkat Ke Majlis Korban

oleh Ahmad Albab
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat ke majlis ibadah korban jama’ie (Perdana) 2017 di padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini, hari ini.

Turut berangkat ke program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ialah Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan kerabat baginda.

Hadir sama antaranya Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah; Mufti Negeri Kelantan, Datuk Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Seri Paduka berkenan menyembelih tiga daripada 62 ekor lembu yang disediakan untuk majlis korban berkenaan.

Menurut Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd Azlan Abdul Hadi, pada majlis itu, Seri Paduka dan Pemangku Raja Kelantan serta kerabat diraja menyerahkan 27 ekor lembu korban.

​​​​​​​Beliau berkata baki daripada jumlah tersebut disumbangkan oleh individu yang menyertai ibadah berkenaan.

Katanya daging korban itu kemudiannya diagih-agihkan kepada 1,500 hingga 2,000 penerima yang layak termasuk fakir miskin.

Selain di kompleks berkenaan, pengagihan daging korban diadakan di Masjid Muhammadi di sini, dan dijangka selesai sebelum maghrib hari ini. – BERNAMA

Tags: ibadah korbanYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Benar Laksana Ibadah Korban Dengan SOP Umum

20/06/2022
0

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) umum sama ada...

Johor Benarkan Ibadah Korban

13/06/2022
0

Johor Bahru : Kerajaan negeri membenarkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini dilaksanakan di masjid dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd