• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suasana Santai Buat Pengunjung HPPNK 2017

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) yang bermula esok akan menampilkan suasana santai yang mesra pengunjung terutamanya buat mereka yang datang bersama keluarga.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata HPPNK 2017 menjanjikan pelbagai tarikan termasuk jualan hasil pertanian segar, produk perikanan, juadah makanan popular, teknologi pertanian, pameran pelancongan dan banyak lagi.

“HPPNK 2017 terbuka kepada semua orang awam dan tidak terhad kepada mereka yang di dalam bidang pertanian sahaja. Kebanyakan mereka yang duduk dan membesar di bandar mungkin tidak mengenali haiwan ternakan jadi ini merupakan peluang terbaik buat mereka terutamanya golongan muda.

“Kita akan tampilkan suasana santai seperti percutian hujung minggu, ini tarikan utama kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak HPPNK 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang di sini, hari ini.

Program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) serta semua jabatan dan agensi di bawahnya bakal bermula esok sehingga 1 Oktober.

Bertemakan ‘Our Food, Our Future’, HPPNK 2017 adalah satu platform untuk menghargai dan meraikan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan di semua peringkat serta menonjolkan teknologi dan inovasi yang digunakan dalam industri makanan.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata setakat petang ini persiapan HPPNK 2017 berjalan lancar dan beliau berpuas hati dengan pengurusan yang terlibat dalam acara itu.

“Segalanya berjalan lancar dan kami jangkakan program ini dapat menarik kira-kira 500,000 pengunjung dari seluruh negara dan kami juga menyasarkan untuk meraih nilai jualan sebanyak RM30 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Bongkar Aktiviti `Kalungan Bunga’, ‘Cat Walk’

Next Post

RON95, 97 Turun Lagi Di Minggu Keempat

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

Next Post

RON95, 97 Turun Lagi Di Minggu Keempat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd