• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPM: Terengganu Sasar 1,055 Pelajar Dapat Semua A

oleh
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu menyasarkan kira-kira 1,055 atau 5.34 peratus daripada 20,520 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri tahun ini memperoleh semua A.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A. Latif Awang berkata, pencapaian itu sekali gus dapat kekal momentum kecemerlangan dan meletakkan negeri ini dalam lima kelompok terbaik negara.

Beliau yakin sasaran itu akan dicapai hasil pendekatan berteraskan penekanan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dalam memperkasakan bidang pendidikan.

“Sasaran tinggi ini adalah hasil sokongan padu serta kerjasama berterusan daripada kerajaan negeri menerusi pelbagai program termasuk motivasi untuk memastikan pelajar terbabit dipantau perkembangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Merealisasikan Kecemerlangan Menjelang SPM 2017 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Seramai 1,055 pelajar terpilih di seluruh negeri bersama ibu bapa dijemput menghadiri majlis berkenaan.

Yang turut hadir Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, Pengarah Unit TTB Che Mansor Che Kerma dan pakar motivasi, Datuk Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Peperiksaan SPM dijadualkan akan bermula pada 5 November hingga 6 Disember depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sijil Pelajaran MalaysiaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd