• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Tenis Berkerusi Roda Sasar Dua Emas

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad tenis berkerusi roda negara menyasarkan dua daripada tiga pingat emas dipertandingkan pada temasya Sukan Para ASEAN Kesembilan di sini dari 17 hingga 23 September ini.

Skuad negara yakin mampu memperbaiki pencapaian satu emas, satu perak dan satu gangsa pada edisi keenam di Solo, Indonesia, pada 2011 dengan mengintai emas dalam acara perseorangan terbuka dan perseorangan quads manakala sasaran perak dalam acara beregu terbuka.

Jurulatihnya, Mohd Nadir Mohd Ashraf berkata sebagai persediaan untuk mencapai sasaran tersebut, atlet mula berlatih seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta di sini.

“Selain sesi latihan intensif, pemain juga telah diuji dengan penyertaan tiga siri perlawanan Persatuan Tenis Antarabangsa (ITF),” katanya pada sidang media ’Kita Juara Para ASEAN’ di sini, hari ini.

Sementara itu, pemain Abu Samah Borhan mengakui beliau mahu menebus kekecewaan di Solo apabila sekadar meraih pingat perak dan sekali gus mahu mengejutkan pilihan utama dari Thailand, Suthi Klongrua.

Beliau, yang mula diperkenalkan dengan sukan itu oleh seorang rakan yang kini isterinya, Norisah Bahrom selepas lumpuh akibat kecederaan tulang belakang kerana kemalangan pada 2006, mengakui kini hanya perlu mempertingkatkan mutu permainan sebelum acara tersebut membuka tirai pada 18 hingga 21 Sept ini.

Abu Samah, 32, yang kini berada di ranking ke-42 dunia, berkata beliau sudah boleh membiasakan diri dengan gelanggang baharu di Pusat Tenis Nasional walaupun sebelum ini latihan banyak dijalankan di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan di sini.

Seorang lagi atlet pemain kategori quads, Azman Hassan, 51, berkata beliau keluar daripada persaraan selepas Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan pada 2014 apabila menerima tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menggalas cabaran negara di laman sendiri.

“Saya ada keyakinan tinggi boleh mencapai pingat emas berdasarkan latihan yang saya jalani. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya buktikan usia bukan penghalang untuk berbakti kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: emasSkuad Tenis Berkerusi Roda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sukar Cari Sparing Tak Jejas Skuad Bola Tampar Duduk

Next Post

Tiket Pembukaan Para ASEAN Percuma Mulai Hari Ini

Related Posts

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

Perut Bumi Sarawak Ada Emas, Galian Mineral Bernilai RM1.25 Trilion

19/06/2024
0

Kerajaan negeri Sarawak bercadang membawa masuk teknologi perlombongan terbaharu dari Kanada untuk menggali sumber logam berharga di negeri itu, yang...

Emas RM10,000 Dibeli Secara ‘Online’ Lesap

Emas RM10,000 Dibeli Secara ‘Online’ Lesap

29/09/2022
33

KULIM: Impian seorang lelaki untuk memiliki jongkong emas dibeli melalui sebuah laman web musnah apabila emas bernilai lebih RM10,000 itu...

Next Post

Tiket Pembukaan Para ASEAN Percuma Mulai Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd