• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setem “Negaraku” Sempena Hari Malaysia

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan setem “Negaraku” pada 14 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, setem “Negaraku” itu merupakan hasil karya terpilih pelajar sekolah menerusi Pertandingan Seni Negaraku yang diadakan pada Mei lalu.

“Siri setem ini akan menampilkan empat reka bentuk setem bernilai 55 sen (150,000 keping) dan 65 sen (200,000 keping) yang melambangkan semangatperpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang budaya serta etnik.

“Ia juga memberi kesedaran tentang perjuangan yang perlu ditempuh untuk melahirkan bangsa yang hebat menerusi kaca mata generasi muda. Tanda pembatalan pada kali ini adalah berbentuk peta Malaysia dengan perkataan Negaraku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shukrie berkata, Pos Malaysia turut menghasilkan dua Lembaran Mini (MS) yang mempunyai logo Negaraku bernilai RM3.20 sebanyak 20,000 keping dan RM6.35 sebanyak 15,000 keping.

Menurut beliau, logo Negaraku pada MS berharga RM6.35 didatangkan dengan ciri istimewa berbentuk kemasan Spot UV yang dijangka bakal menarik perhatian pengumpul tegar setem serta orang awam.

“Selain itu, produk-produk filateli seperti Sampul Hari Pertama (FDC) beserta baucar dijual pada harga 55 sen setiap satu, poskad berharga RM1.05 setiap satu serta folder yang dijual pada harga RM6.35 setiap satu.

“Set lengkap siri setem “Negaraku” ini dijual pada harga RM77.05 setiap satu termasuk GST,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

CEO Kumpulan Pos Malaysia Letak Jawatan

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Pos Malaysia Bhd, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatan, berkuatkuasa...

Langkah Lebih Ketat Tangani Pemalsuan – Pos Malaysia

26/01/2017
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti langkah lebih ketat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd