• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 15 Tahun, Terowong Tertinggi Dunia Dibuka

oleh
29/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Terowong jalan raya tertinggi dunia mula dibuka kepada pengguna di wilayah Sichuan China kelmarin, 15 tahun selepas projek itu dimulakan, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Projek mega yang terpaksa memecah masuk melalui Gunung Chola di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet itu, terdiri daripada laluan terowong sepanjang tujuh kilometer dan lebih daripada lima kilometer jalan tambahan.

Dalam bahasa Tibet, nama Chola bermaksud gunung tinggi yang tidak boleh dicapai oleh burung helang.  Puncak gunung itu berada pada 6,168 meter dari paras laut dan diliputi oleh salji selama lapan bulan dalam setahun.

Terowong itu terletak di atas 4,000 meter. Jarak panjangnya, udara nipis dan suhu rendah pada altitud tinggi tersebut semuanya menyumbang kepada kerumitan pembinaan, kata ketua pereka terowong, Wei Yanqing.

Satu kajian kemungkinan dimulakan dalam tahun 2002 dan ia mengambil masa lapan tahun bagi pelbagai pakar untuk memuktamadkan satu pelan lengkap sebelum projek pembinaan bermula pada 2012 lalu.

Projek raksasa itu bernilai kira-kira 1.28 bilion yuan (RM828 juta), menurut Wang Qiang, ketua biro pengangkutan di Wilayah Autonomi Tibet, Garze yang mentadbir projek tersebut di kawasan pergunungan berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa terowong dua hala itu hanya membolehkan kenderaan dipandu pada had kelajuan maksimum 40 kilometer sejam namun ia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melepasi laluan tersebut.

Sebelum ini, banyak kenderaan terpaksa mengambil masa lebih daripada dua jam memandu sekeliling gunung pada lebuh raya yang terdedah kepada bencana tanah runtuh, ribut salji dan permukaan ais licin, kata Wang.

Laluan Sichuan-Tibet yang dibina pada 1951 merupakan lebuh raya pertama dibina di Tibet bagi menghubungkan wilayah terpencil berdekatan banjaran Himalaya itu sebelum dibina pula Qinghai-Tibet dan Xinjiang-Tibet.

Pihak berkuasa China menganggarkan terowong baharu itu mampu dilalui hampir 5,000 buah kenderaan setiap hari berbanding hanya 1,500 buah kenderaan yang menggunakan lebuh raya sedia ada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinaterowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd