• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SBJK Bakal Transformasi Imej Chow Kit

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan semula Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), di Jalan Raja Muda Abdul Aziz bakal mentransformasi Chow Kit sebagai kawasan pendidikan berkualiti untuk anak-anak kurang bernasib baik di sekitar bandar raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pembinaan bangunan akademi tujuh tingkat dan bangunan asrama baharu, sekolah unik yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan itu akan berubah menjadi kawasan di mana pendidikan yang berkualiti dapat disediakan.

“Siapa dapat bayangkan kawasan Chow Kit ini boleh bertukar menjadi satu kawasan yang berpotensi untuk masa depan anak-anak gelandangan.

“Bangunan akademik tujuh tingkat itu dijangka siap pada November tahun depan manakala bangunan asrama menjelang 2020 bakal memberi lembaran baharu buat kanak-kanak gelandangan dan kurang berkemampuan di kawasan ibu kota,” katanya ketika meninjau perkembangan projek pembangunan semula sekolah itu, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Pada Jun tahun lepas, perdana menteri dalam lawatannya ke sekolah itu mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina blok akademik dan asrama bagi membolehkan pelajar di sekolah berkenaan mendapat akses pendidikan yang lebih selesa dan selamat.

SBJK yang menyediakan pembelajaran percuma untuk kanak-kanak berusia empat hingga 19 tahun itu, diwujudkan atas inisiatif Kementerian Pendidikan untuk memberikan akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur.

Bangunan yang sebelum ini merupakan Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula beroperasi sebagai sekolah khas itu pada 19 Ogos 2013 dan kini menempatkan seramai 152 pelajar.

Mengakui bahawa sektor pendidikan memainkan peranan amat penting dalam merealisasikan visi menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan warganegara juga berpendapatan tinggi, kerajaan, kata Najib mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan dan menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua segmen dalam masyarakat.

“Dalam masa berpuluh tahun akan datang bayangkan berapa ramai kanak-kanak (gelandangan) kalau tidak mendapat pendidikan berkualiti seperti ini, apalah nasib mereka?

“Cukup malang sekali bagi mereka…(kerana itu) kerajaan komited memberikan lembaran baharu dalam hidup mereka,” katanya.

Perdana menteri turut memetik laporan ‘Climbing the Ladder: Socio-Economic Mobility in Malaysia’ oleh Khazanah Research Institute, yang antara lain melaporkan dapatan bahawa faktor mobiliti sosial paling berkesan adalah akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran.

Najib berkata melalui pendidikan, individu dari semua lapisan masyarakat dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka hanya dalam satu generasi.

Justeru, melalui hasil usaha yang digembleng oleh kerajaan menerusi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara Pendidikan, enrolmen prasekolah kebangsaan didapati telah meningkat daripada 67 peratus pada tahun 2009 kepada 85.6 peratus pada tahun 2016.

“Insya-Allah, saya yakin dan percaya jika inisiatif-inisiatif murni di bidang pendidikan ini diteruskan dan digiatkan lagi, kita mampu mencapai sasaran 100 peratus enrolmen prasekolah kebangsaan menjelang tahun 2020,” katanya.

Najib berkata beliau bangga dengan kejayaan SBJK menyediakan pendidikan formal dalam suasana kondusif bagi kanak-kanak gelandangan dan dipinggirkan di bandar raya ini sejak beroperasi yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

SBJK telah menerima pelawat antarabangsa termasuk Ha Books Vietnam, Ratchathani Ubon Thailand University, Lembaga Akreditasi Negara Indonesia, Korea-Malaysia Teachers Programme Chungdatum Korea, dan British Council, Afrika Selatan, katanya. – BERNAMA

Tags: Chow KitDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd