• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Bertanggungjawab ‘Rugi’ Urus Niaga Mata Wang”

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini berkata memang berlaku kerugian urus niaga mata wang pada tahun 1986 sehingga 1993.

Katanya kesilapan telah berlaku tetapi BNM telah mendapat pengajaran daripada pengalaman pahit itu dan pengajaran itu terbukti amat penting dalam membantu menggubal dasar-dasar untuk mempertahankan negara daripada serangan terhadap mata wang dalam Krisis Kewangan Asia 1997/1998, menyelamatkan ratusan bilion Ringgit wang negara dan jika tidak sudah pasti hilang.

Nor Mohamed, 70, yang menyertai BNM pada September 1968 dan dinaikkan pangkat ke jawatan pengurus Jabatan Perbankan dua tahun selepas itu, berkata beliau tidak pernah pada bila-bila masa di antara 1986 dan 1993 ada berbincang dengan menteri kewangan dan perdana menteri mengenai transaksi tukaran asing Bank Negara.

Beliau bagaimanapun tidak ingat jumlah kerugian atau keuntungan dalam transaksi urus niaga mata wang pada tahun berkenaan.

“Memang tidak dinafikan. Juga tidak boleh dinafikan saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang. Saya terima hakikat saya turut bertanggungjawab bagi kerugian urus niaga mata wang dan telah meletakkan jawatan daripada Bank Negara Malaysia.

“Pada ketika itu, pada saya ia merupakan pengakhiran yang menyedihkan dalam khidmat saya selama 25 tahun kepada negara, menerusi Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan saksi pada hari kelima prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang atau forex dialami Bank Negara pada 1990-an.

Nor Mohamed berkata perkara paling penting adalah pengalaman bertahun-tahun di unit forex telah terbukti amat berguna kemudiannya dalam menyelamatkan Malaysia daripada kesan teruk krisis kewangan pada 1997/1998, jika tidak tentunya mengakibatkan kerugian bernilai berbilion Ringgit Malaysia. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)forexTan Sri Nor Mohamed Yakcop
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd