• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Pengeluaran Ikan Akuakultur Pahang RM270j

oleh Ahmad Albab
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasar pengeluaran ikan akuakultur Pahang melebihi RM270 juta tahun ini khusus dari Temerloh yang sinonim dengan ternakan Patin sangkar.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sehingga kini lebih 14,000 tan metrik ikan pelbagai spesis termasuk Patin dan Tilapia diperoleh daripada Temerloh yang mempumyai 2,018 unit sangkar yang diusahakan oleh 283 pengusaha.

Beliau berkata pendaratan ikan sungai juga menyumbang kepada data pendaratan ikan bernilai RM2.2 juta iaitu kira-kira 560 tan metrik dan daripada jumlah itu Temerloh menyumbang lebih RM60,000 atau 12.5 tan metrik setakat Julai lalu.

“Ternakan ikan sangkar di Temerloh yang dimajukan sejak 2008 adalah antara yang paling berjaya dan terbesar di Malaysia sehingga menjadi rujukan daerah itu. Kita mahu supaya bilangan ikan patin Temerloh ditingkatkan kepada 20,000 tan metrik menjelang 2020,” katanya kepada media.

Beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Touch Point kepada nelayan Temerloh hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Tajuddin mencabar nelayan dan penternak ikan sangkar di Temerloh untuk berani maju ke hadapan dengan menyertai bidang agropelancongan supaya mereka tidak terus berada di takuk lama dan bergantung kepada jualan ikan semata-mata.

Beliau berkata Temerloh sudah dikenali pelancong dan menjadi laluan ke beberapa pusat pelancongan lain menyebabkan daerah ini menjadi destinasi persinggahan popular kepada anggota kelab kereta dan peminat motosikal berkuasa tinggi.

“Nelayan kena berani manfaatkan peluang yang ada. Pelancong memerlukan tempat penginapan dan tempat untuk menjamu selera selain pengusaha khususnya anak muda boleh berfkir untuk membawa pelancong menaiki bot menyusuri sungai.

“Tapi perkara begini kena dilakukan dengan baik dan teratur supaya mereka boleh datang semula. Kena ada fikiran seperti seorang usahawan, jangan hanya fikir dan ternak ikan dan kemudian jual. Jual pula hanya di sini dengan harga runcit.

“Sudah sampai masanya kena fikir bagaimana mahu majukan ternakan ikan seperti jual di kota besar. Jangan beri alasan Kuala Lumpur jauh kerana saya lihat, bila nak tengok bola, boleh pula mencari kereta untuk ke sana. Ini semua mentaliti yang perlu diubah,” katanya.

Tajuddin menambah kementeriannya juga akan berbincang dengan kementerian terlibat untuk mengadakan pertandingan memancing ikan sungai di daerah ini pada peringkat antarabangsa sebagai langkah mempromosikan Temerloh dan ikan sungainya.

Pada majlis itu beliau menyampaikan bantuan makanan ikan kepada 125 penternak berjumlah RM187,000 dan bantuan khas el-nino berjumlah RM47,000 kepada 94 pengusaha yang terjejas dengan bencana itu sebelum ini.

Beliau juga mengumumkan bantuan dua ‘bucket rail’ bagi pengendalian hasil dan input ternakan berjumlah RM360,000 serta pembinaan bilik sejuk untuk kegunaan pemasaran ikan air tawar kepada penternak bernilai RM200,000.

“Kementerian juga akan membangunkan kemudahan nurseri ikan baharu dengan kos sekitar RM150,000 dan menambah baik kemudahan nurseri sedia ada di Kampung Pangsenam yang dianggarkan berjumlah RM28,000.

“Dengan begitu banyak kemudahan dan bantuan yang diberikan, tiada alasan untuk nelayan tidak boleh maju kerana apa yang penting adalah kesediaan untuk kita berusaha dan bercita-cita tinggi supaya industri ikan kita setanding dengan negara lain,” kata Tajuddin. – BERNAMA

Tags: Akuakultur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM80 Juta Bantuan Bencana Pertanian, Musim Tengkujuh

26/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan peruntukan RM80 juta untuk tabung bencana pertanian, termasuk bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil.  Menteri...

Nelayan Selangor Digesa Usaha Ternakan Akuakultur

27/09/2018
0

PELABUHAN KLANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggesa nelayan di Selangor mengusahakan ternakan akuakultur sebagai usaha mengurangkan kebergantungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd