• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Jawatankuasa Selaras Sekolah Tahfiz

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Kementerian Pendidikan mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau sekolah tahfiz di seluruh negara, melibatkan kerajaan pusat dan negeri.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata buat masa ini, sekolah tahfiz berada di bawah bidang kuasa majlis agama negeri yang diterajui oleh sultan atau yang dipertua negeri selaku ketua agama negeri masing-masing.

Justeru, cadangan perlu mendapat persetujuan sultan atau yang dipertua negeri yang berkenaan, katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Taklimat Pengurusan Jalinan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata jika jawatankuasa itu dapat ditubuhkan, ia akan berperanan menyeragamkan pendaftaran pelajar serta memantau operasi dan keselamatan pusat tahfiz di setiap negeri.

Mahdzir berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan meletakkan sekolah tahfiz di bawah kementerianya susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, semalam.

Beliau berkata institusi tahfiz di Malaysia ketika ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah tahfiz yang berdaftar dengan majlis agama Islam negeri dan yang tidak berdaftar dengan mana-mana institusi.

“Pengurusan sekolah ini perlu ada satu kurikulum khusus iaitu pendidikan formal dan pembelajaran tahfiz untuk mendalami al-Quran.

“Misalnya, pelajar sekolah menengah perlu mengambil peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia dan dalam masa sama masih meneruskan pengajian tahfiz mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menyelar tindakan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang memuat naik status biadab di laman sosial berhubung insiden tragis semalam dengan mengatakan ia sebagai balasan kepada ‘dosa menteri pelajaran yang tak prihatin’.

“Bila berlaku kejadian macam ini jangan cepat menuding jari… salahkan orang itu, orang ini. Sebaiknya zahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dan bukannya memuat naik status merepek di laman sosial,” katanya. – Bernama

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidkebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd