• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Selamat Gempa Dahsyat Mexico

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kesemua 19 rakyat Malaysia yang tinggal di Mexico selamat daripada gempa bumi yang melanda tengah Mexico pada Selasa.

“Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico memaklumkan bahawa empat rakyat Malaysia yang tinggal di Bandaraya Mexico adalah selamat.

“Lima belas lagi rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan lain di Mexico tidak berada dekat dengan kawasan terjejas,” kata Kementerian Luar menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Negeri Morelos dan Puebla di Mexico masing-masing dilanda gempa bumi berukuran 7.1 dan 6.8 pada skala Richter pada Selasa.

Pusat gempa itu ialah di Axochiapan, sebuah bandar di negeri Morelos, terletak 120km tenggara Bandaraya Mexico.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa gegaran boleh dirasai di seluruh tengah Mexico, iaitu Bandaraya Mexico, Bandaraya Puebla, Cuajimalpa, Telixtac, Chautla dan 90 bandar kecil lain.

Menurut laporan CNN, pihak berkuasa Mexico berkata bencana itu mengorbankan sekurang-kurangnya 216 orang.

Kementerian Luar, menerusi Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico, berkata mereka akan memantau perkembangan berkaitan insiden itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico melalui talian +52 55 5282 4656, +52 55 5282 5166 atau e-mail di [email protected] atau [email protected]. – BERNAMA

Tags: gempa bumimexico
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd