• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz Berdaftar Lebih Teratur – Adnan

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ibu bapa disaran untuk memilih pusat tahfiz yang berdaftar kerana ciri keselamatan dan aspek pembelajaranya adalah lebih teratur, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata sebagai ibu bapa, sudah pasti ramai menyimpan hasrat mahu memiliki anak yang menghafaz al-Quran, namun dewasa ini kewujudan pusat tahfiz adalah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

“Ramai yang hendak mencari pahala (dengan menubuhkan pusat tahfiz) namun masalah timbul kerana setiap daerah dan kampung ada pusat tahfiz sehinggakan ada yang sampai satu kawasan ada tiga pusat tahfiz.

“Ini yang menyebabkan ciri keselamatan tidak dipatuhi kerana bila ada duit (mereka) akan tambah bangunan sampai kita pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia Peringkat Pahang di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.

Untuk rekod, berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Pahang, hanya 42 daripada 80 pusat tahfiz disahkan berdaftar dengan jabatan itu.

Adnan berkata pusat pengajian yang berdaftar dengan jabatan agama tidak hanya mementingkan pendidikan agama, namun turut menekankan pembelajaran kokurikulum yang ditetapkan kerajaan.

Ini, katanya akan memberikan nilai tambah kepada murid lepasan tahfiz itu bukan hanya berjaya dalam soal agama dan hafazan al-Quran, malah berkelayakan untuk bekerja dalam bidang profesional.

“Misalnya, di Pahang kita ada Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang setiap tahun melahirkan golongan hafiz dan hafizah profesional… ramai yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi akauntan, doktor dan pekerjaan lain.

“Maahad tahfiz ini juga tidak ketinggalan dalam bidang akademik kerana dalam peperiksaan utama, kedudukan maahad tahfiz ini berjaya mengatasi beberapa sekolah ternama negara,” katanya.

Adnan juga mengakui bahawa isu berkaitan pusat tahfiz sukar untuk diselesaikan kerana perkara itu telah banyak kali diutarakan, terutamanya apabila berlaku tragedi seperti kebakaran ekoran aspek keselamatan yang longgar.

Katanya, beliau sendiri juga setiap kali menghadiri mesyuarat Majlis Hal Ehwal Islam peringkat kebangsaan mendapati isu keselamatan pusat tahfiz diutarakan lebih daripada sekali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Masalahnya budaya kita ini sudah terhantuk baru tengadah. Benda sudah berlaku baru macam-macam cadangan diberikan. Jadi terpulanglah kepada pihak yang berwajib untuk ambil tindakan… tapi sukar juga jika pusat tahfiz yang tidak berdaftar ini terus wujud.

“Saya juga boleh adakan perjumpaan segera dengan semua pengusaha pusat tahfiz di Pahang, tapi apa yang kita boleh buat terhad juga kerana mereka akan bagi alasan akan ikut peraturan,” katanya.

Adnan berkata beliau juga masih tidak mampu untuk melihat gambar-gambar tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, dua hari lalu, yang mengorbankan 23 nyawa termasuk dua guru.

“Saya sedih dengan kehilangan mereka dan saya doakan supaya ibu bapa mereka sabar menghadapi ujian ini. Saya juga doakan supaya jika ada yang melakukan perbuatan khianat sehingga terjadi kebakaran itu, dapat ditangkap dan terima balasan sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan Yaakobkebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd