• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Realiti Hedonis Tiada Nilai Intelek

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU benar dakwaan peserta Clever Girl 2017, Nor Shakirah Mohd Azam (Kiera), bahawa wujud manipulasi dan konspirasi dalam program realiti TV3 itu, pasti ia satu yang amat menyedihkan.

Sedih kerana pengaruh populis dan tekanan sensasi untuk mencipta rating tinggi dan kontroversi dalam siri pertandingan realiti TV ini dilakukan secara tidak beretika.

Malah, juga satu bukti, bahawa, beban mencipta sensasi dramatik menyebabkan program berteraskan cendekia dan ilmiah pun terpaksa mengabaikan aspek integriti dan digniti.

Melahirkan Clever Girl tiada masalah. Tajuknya pun sudah populis. Namun, mengheret graduan terpilih untuk disensasikan, tentunya mencemar nilai IQ dan integriti mereka sebagai orang terpelajar.

Kaitan: TV3 Nafi Isu ‘Pilih Bulu’ Dalam Clever Girl

Baca: Kiera Dedah Punca Keluar Clever Girl

Juga: Graduan Oxford Tarik Diri Daripada Clever Girl

Program Clever Girl dengan imej wanita terpelajar dan nilai intelek tidak sama dengan program realiti populis AF, Mentor, Bintang Mencari Bintang atau Raja Lawak yang berteraskan budaya pop totok hedonistik.

Pengalaman Kiera memang satu pengajaran. Sensasi hedonis TV tidak berminat dengan kecerdikan tulen. Malah, tidak menghargai pun tahap IQ para peserta yang genuine.

Jadi, orang cerdik sebenrnya tidak perlu terdesak untuk mempopularkan nilai cerdik mereka dalam perlumbaan budaya hedonis TV pada ketika ini.

Kepada Kiera, sekiranya ini kejadian benar, tindakan anda sangat bijak. Tidak perlu kecerdikan digadai pada dunia hedonis yang palsu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: clever girl 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sara Tak Layak Menang, Kaktus Ialah Haiwan?

15/10/2017
0

BERAKHIRLAH sudah rancangan realiti tv, Clever Girl yang penuh kontroversi sejak disiarkan bermula 4 Ogos lalu diakhiri dengan kemenangan Sara...

Kena Dakwa Jawab ‘Soalan Bocor’, Ini Respon Shazana…

10/10/2017
0

BARU sahaja reda mengenai isu penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera), sekali lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd