• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Populariti Ini Menakutkan Saya” – Syafiq Kyle

oleh
26/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka hanya dengan sebuah drama, nama Syafiq Kyle semakin meniti di bibir peminatnya terutama sekali di kalangan anak muda.

Kerana lakonannya dalam drama hit bersiri, Mencintaimu Mr. Photographer bersama pendatang baru, Hanna Delisha, Syafiq kini semakin popular.

Walaupun ada sesetengah netizen yang mengkritik babak mesra Syafiq dan Hanna, itu tidak membuatkan peminat fanatik mereka berpaling arah, malah mempertahankan kedua-dua pelakon ini.

“Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu… ini, tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan,” katanya dipetik daripada blog Sehinggit.

Sejak drama tersebut ditayangkan, dia tak henti menerima pujian daripada penonton yang sukakan gandingannya bersama dengan pelakon putih melepak itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh orang ramai dan tidak sangka masih ada yang inginkan kami untuk berlakon bersama dalam projek seterusnya.

“Saya tidak mahu terus selesa dengan apa yang diperolehi sekarang ini kerana perjalanan kerjaya saya masih jauh memandangkan usia masih muda lagi,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, Mohd Syafiq Shahmim Abdul Razak atau dikenali sebagai Syafiq Kyle turut merasa bimbang jika dia tidak dapat mengekalkan prestasi baiknya dalam drama yang lain.

“Berada pada tahap sekarang bukannya sesuatu yang mudah, kerana saya ingin kekalkan populariti ini untuk selamanya,” tambah pelakon berusia 25 tahun itu.

Katanya lagi, dalam dirinya yang kian dikenali oleh penontn, secara tak langsung setiap gerak-gerinya akan diperhatikan.

Betul lah tu apa yang dikatakan Syafiq tu. Bukan apa, ada segelintir pelakon ni, bila namanya dah popular, dapat job lain, mesti hasilnya jadi cincai. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Mencintaimu Mr.PhotographerSyafiq Kyle
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hospital Banting Dilengkapi Peranti ‘B-Tag & Track’

Next Post

Saman Fitnah: Harris Salleh Diberi Ganti Rugi RM600,000

Related Posts

“Rebah & Pendarahan Otak… Mulanya Sangka Suami Gurau”

20/09/2018
0

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terkejut apabila suaminya iaitu Abdul Razak Husin tiba-tiba rebah di majlis ramah...

Apa Kes: ‘Zip’ Mulut Lebih Selamat

06/09/2018
0

MEMBUANG jauh cerita hitam, Syafiq Kyle mahu fokus kepada karier lakonan dan terus mencari rezeki. Mengulas mengenai kontroversi video dan...

Next Post

Saman Fitnah: Harris Salleh Diberi Ganti Rugi RM600,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd