• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokok Bonsai Cina Hiasi Ibu Kota Bangladesh

oleh
01/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Barisan pokok bonsai Cina ditanam baru-baru ini di sepanjang jalan utama di ibu kota Bangladesh, Kini ia berkembang mekar kehijauan, memberikan suasana Dhaka menjadi indah.

Jalan utama terletak di luar kawasan Lapangan Terbang Hazrat Shahjalan, kini telah berwajah baharu dengan penanaman pokok hiasan dan pembangunan lainnya yang giat dilaksanakan di sepanjang laluan pejalan kaki.

Pokok bonsai Ficus menghiasi sepanjang Jalan Lapangan Terbang, salah satu laluan paling sibuk di bandar raya ini. Beribu-ribu orang melintasi jalan raya ini dan berpeluang menikmati keindahan suasana baharu tersebut.

Ini kerana bonsai dianggap sesuatu yang indah di negara ini, di mana penduduk setempat hanya biasa melihat pokok bonsai bersaiz kecil sahaja sebelum ini di premis tertentu atau menerusi pembacaan umum.

Bangladesh telah memperoleh pokok bonsai Ficus ini dari China di bawah projek pencantikan bernilai berbilion taka (unit mata wang Bangladesh), yang juga termasuk dalam zon permainan kanak-kanak dan tempat parkir kereta.

Selain itu, projek ini turut meliputi pewujudan zon menunggu moden serta gerai petak perkhidmatan menyediakan liputan wi-fi, air minuman percuma, tandas awam dan ruangan mesin juruwang automatik (ATM) bank terpilih.

Ia juga termasuk projek mesin layan diri minuman dan makanan ringan, pengecasan telefon bimbit secara percuma, petak pertukaran wang, ruangan penyalinan dan penyusuan anak, peti polis dan juga tambah nilai telefon bimbit.

Berbalik kepada cerita penanaman bonsai secara besar-besaran, ramai penduduk nyata teruja. Seorang pelajar kolej setempat dikenali sebagai Nadia, berkata bahawa beliau tidak pernah melihat pokok bonsai seperti ini sebelum ini.

“Ia memang hebat. Pokok ini seperti telah menyesuaikan diri dengan tempat ini,” katanya. Jalal Uddin Ahmed, seorang jurutera projek pula, berkata bahawa mereka telah berjaya menanam 100 batang pokok bonsai.

“Kami berasa kagum untuk mengetahui sejarah bonsai ini.” Bonsai, yang bermaksud ‘penanaman dulang adalah sejenis bentuk seni terkenal Jepun, menggunakan sistem pertumbuhan pokok ditanam dalam bekas atau pasu.

Ia sebenarnya berasal dari China seawal empat ribu tahun lalu. Pokok-pokok bonsai untuk projek khas ini diimport dari China, kata Jalal Uddin, sambil menambah bahawa “ia sangat-sangat dihargai di negara kami ini.”

Firma swasta Vinyl World Group di bawah pengawasan Jabatan Jalan Raya dan Lebuh Raya Bangladesh telah ditugaskan untuk menanam pokok-pokok ini menerusi projek pemodenan yang bertujuan menaik taraf Dhaka.

Ini termasuk lapangan terbang dan ia telah dilancarkan pada Februari tahun ini. Pemasangan banyak tugu juga telah dilaksanakan yang menggambarkan pelbagai peristiwa sejarah utama negara di sekitar Bangladesh.

Menteri Pengangkutan Jalan Raya dan Jambatan Bangladesh, Obaidul Quader, secara rasmi melancarkan projek tersebut, dengan menyatakan bahawa jalan berkenaan akan menjadi jalan contoh dan penanda aras di negara itu.

Terdapat juga ruang-ruang tumbuhan renek di kebanyakan jalan-jalan utama untuk mempamerkan kemajuan negara Asia Selatan itu buat tatapan para pelancong asing. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bangladeshbonsai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd