• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Tingkat Pematuhan Syariah Dalam Pelaburan

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan terus mempertingkatkan pematuhan syariah dalam urusan pelaburannya dan mempertingkatkan instrumen pelaburan kewangan Islam untuk membantu masyarakat menambah pelaburan mereka.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, dalam kenyataan hari ini berkata, turut berharap masyarakat Islam akan terus meningkatkan pelaburan dalam pelbagai unit saham amanah yang diuruskan PNB.

Katanya, pelaburan masyarakat Islam dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN), juga dibenarkan dari segi syariah.

Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 14 hingga 15 Ogos lalu, Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang mengeluarkan fatwa bahawa masyarakat Islam harus dan dibolehkan melabur dalam ASB dan ASN, selaras dengan Fatwa Kebangsaan terhadap perkara tersebut yang dikeluarkan pada 2008.

Fatwa Negeri Selangor juga memutuskan perkara yang sama pada April lalu.

“Ini bermakna pelaburan ASB/ASN adalah dibenarkan dari segi syariah. Dengan perkembangan terbaru ini, saya berharap masyarakat Islam akan terus mempertingkatkan pelaburan mereka dalam pelbagai unit saham amanah yang diuruskan oleh PNB/ASNB,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, bersempena sambutan Maal Hijrah 1439H/2017M, Wahid berkata umat Islam perlu bersikap membina dan memberi tumpuan kepada perkara yang menyatukan masyarakat dalam usaha membangunkan negara.

Selain itu, katanya, rakyat perlu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap, berintegriti, bersikap rendah diri, saling menghormati serta menjauhi fitnah dan tidak menyebarkan maklumat tanpa usul periksa. – Bernama

Tags: PNBsyariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Hukum Penjawat Awam Ingkar Ikut Syariat Islam

07/10/2021
39

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mewajibkan s mengambil vaksin Covid-19 berdasarkan pertimbangan tertentu adalah sah dari sudut pandangan syariah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd