• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Najib Lancar Aplikasi ‘i-foundit!’ Unifi

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan aplikasi ‘i-foundit!’ Unifi yang membolehkan semua rakyat Malaysia mengakses Internet melalui wifi@unifi, yang sebelum ini dikenali sebagai TM WiFi.

Sempena pelancaran itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa tiada caj wifi@unifi dikenakan sehingga akhir tahun, dan pengguna boleh memuat turun aplikasinya di Google Playstore atau App Store tidak lama lagi.

Aplikasi ini mengesan hotspot wifi dan menghubungkan pengguna kepada lebih 5,800 hotspot di seluruh Malaysia, dan selepas tempoh promosi percuma ini, wifi@unifi hanya mengenakan bayaran 10 sen sejam, kata Najib pada sesi pertemuan ‘Jom Bersama TM’ di sini hari ini.

Setakat suku kedua tahun ini, TM mempunyai 2.36 juta pelanggan jalur lebar, dengan lebih daripada satu juta terdiri daripada pelanggan Unifi.

Najib juga melancarkan dua pakej baharu Unifi bagi menampung e-usahawan, iaitu unifi ebiz, dan untuk belia, khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT), pakej unifi edu.

“Pembangunan segmen ini penting dalam mengangkat negara menjadi negara berpendapatan tinggi. Saya berharap pengenalan pakej-pakej baharu TM ini akan membuka potensi tanpa sempadan untuk segmen ini terus berkembang,” katanya.

Pakej ebiz unifi dengan BIZ LITE, BIZ ADVANCE atau pelan BIZ PRO untuk e-usahawan, menawarkan pelanggan dengan kelajuan jalur lebar sehingga 100 megabit sesaat (Mbps), lengkap dengan akses dan mobiliti wifi@unifi, yang menyediakan usahawan sambungan jalur lebar yang lancar di mana-mana sahaja.

Pakej ini dilengkapi ciri-ciri penyelesaian ICT bagi memenuhi keperluan perniagaan dalam talian, sebagai alat pemasaran untuk terus memacu keuntungan.

Sementara itu, Najib berkata penuntut IPT akan mendapat manfaat daripada kelajuan jalur lebar sehingga 100Mbps bagi pakej unifi edu menerusi tawaran LITE, ADVANCE atau PRO, lengkap dengan akses mobiliti wifi@unifii yang mereka boleh gunakan untuk meningkatkan lagi prestasi akademik di mana sahaja untuk kemudahan mereka.

Selain melancarkan pakej baharu unifi, Perdana Menteri juga melancarkan Flow, aplikasi sembang dalaman yang padu, dengan ciri serta penambahan bagi menggantikan aplikasi pesanan segera yang popular di tempat kerja, yang dibangunkan secara dalaman oleh TM untuk Warga Keluarga TM.

Dibangunkan sebagai antara dorongan agresif TM ke arah pendigitalisasi, Najib berkata Flow merupakan aplikasi yang penyambungan mudah dan cepat kepada lebih 28,000 Warga Keluarga TM untuk bekerjasama dan memacu kecekapan operasi dan pelaksanaan memandangkan aplikasi itu memudahkan komunikasi dalam kalangan petugas.

Beliau berkata pengenalan Flow seiring dengan aspirasi TM ‘Going Digital’ apabila syarikat bergerak melepasi penyambungan ke dalam perkhidmatan bernilai tambah digital baharu dan pintar.

“Ini merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh TM yang meliputi pengalaman pelanggan, pengoptimuman proses dan peluang perniagaan baharu yang melibatkan pembangunan tenaga kerja yang lebih peka kepada digital dan bijak.

“Ini selari dengan matlamat kami untuk mempercepat pelaksanaan matlamat strategik dalam Penyampaian Pertumpuan dan Go Digital menerusi pendekatan baharu kami, ‘Perfexe 10’,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakUnifi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waris Mangsa Kebakaran Tragedi Tahfiz Dakwa Diabai

Next Post

Rakyat Malaysia Di Turki Meninggal Digigit Serangga

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Rakyat Malaysia Di Turki Meninggal Digigit Serangga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd