• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Buat Kejutan Singgah Rumah Kartun Malaysia

oleh
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN sibuk dengan jadual padat pelbagai program rasmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih sempat luang masa singgah di Rumah Kartun dan Komik Malaysia di ibu negara.

Kunjungan secara mengejut itu ternyata menyebabkan ramai pengunjung bukan sahaja terperanjat, malah ramai teruja bersalaman dengan beliau sebaik menyedari kehadiran pemimpin No.1 negara tersebut tanpa diduga.

Perkara ini turut diceritakan sendiri oleh Penaung Yayasan dan Penasihat Kartunis Malaysia; Datuk Akmar Hisham Mokhles menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebooknya pada hari ini dan menerima reaksi positif netizen.

“Terima kasih Datuk Sri Mohd. Najib kerana sudi singgah di Rumah Kartun dan Komik Malaysia pada tengah hari tadi. Kehadiran yang mengejutkan ramai kartunis dan pengunjung yang kebetulan berada di situ.

“Maklumlah Perdana Menteri hadir secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Singgah di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas sambutan Maal Hijrah,” jelas Akmar yang juga Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua.

Beliau sebelum itu menghadiri program sambutan Maal Hijrah 1439 Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rumah Kartun dan Komik Malaysia yang terletak di dalam Taman Botani Negara (dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana) dirasmikan pada 1 April lalu bersempena dengan perayaan Hari Kartunis Malaysia.

Ia menempatkan lebih 500 karya daripada kira-kira 50 kartunis tempatan termasuk daripada majalah satira Gila-Gila, Gelihati, Batu Api dan Ujang selain nukilan sumbangan Datuk Lat, Jaafar Taib dan Zainal Buang Hussein.

Bangunan rumah lama diubah suai yang diibaratkan seperti sebuah muzium itu menghimpunkan pelbagai karya kartunis dari awal sejarah penerbitan karikatur di Malaysia sejak tahun 1936 lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akmar Hisham Mokhleskartunkomik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Monsta Sasar RM5 Juta Jualan Komik Bulanan Boboiboy

27/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Syarikat pencipta animasi Monsta menyasarkan nilai jualan siri komik bulanan terbaharunya ‘Boboiboy Galaxy Musim 2’ berjumlah RM5 juta tahun...

Pejabat PM Nafi Mahathir Terlibat Dalam Komik Propaganda

19/10/2019
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan–Meraih Manfaat Bersama'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd