• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Asia 2019: Malaysia Seri Bertemu Hong Kong

oleh Ahmad Albab
06/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKUAD Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Selasa malam.

Skuad bimbingan Eduardo Vingada itu gagal memanfaat peluang mencari gol kemenangan di hadapan penonton sendiri biarpun berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain Hong Kong Alessandro Ferreira Leonardo membuka jaringan pada minit ke-53.

Gol penyamaan negara dilakukan pemain tengah Mohd Syazwan Zainon tiga minit selepas itu.

Bagaimana pun, lebih mengecewakan lagi apabila permainan dicemari dengan insiden layangan dua kad merah kepada pemain negara, Mohd Rizal Ghazali (m-89) dan Mohamad Aidil Zafuan pada masa kecederaan sekaligus pihak lawan menerima sepakan penalti.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada penjaga gol negara, Muhammad Hafizul Hakim yang bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan penalti tersebut sebelum wisel akhir permainan dibunyikan oleh pengadil dari Australia, Christopher Beath.

Dengan keputusan tersebut, ia menyukarkan lagi skuad Harimau Malaya untuk meraih tiket kelayakan selepas tewas kepada Lubnan pada aksi pertama sebelum ini dan bakal bertemu Korea Utara pada saingan terakhir bagi aksi Kumpulan B.

Manakala Hong Kong meraih dua mata keseluruhan dalam tiga pertemuan termasuk bertemu Lubnan dan Korea Utara sebelum ini. – mStar Online

Tags: Harimau MalaysiaKelayakan Piala Asia 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: ‘Menang Tetap Menang!’ – TMJ

02/04/2018
0

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada...

Piala Asia: Harimau Malaya Tewas Bermaruah

28/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan mengakhiri kempen Kelayakan Piala Asia 2019 dengan kekalahan 1-2 ke atas Lubnan pada aksi Kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd