• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peperiksaan ACCA Diteruskan Seperti Dijadualkan

oleh AK-47
02/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peperiksaan bertulis The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) akan tetap dijalankan pada 4 hingga 8 Sept ini seperti yang dijadualkan.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata peperiksaan itu melibatkan 35 pusat peperiksaan dengan 21,706 calon di 13 negeri.

Menurut kenyataan itu, peperiksaan tersebut dilaksanakan serentak di seluruh dunia di lima zon masa berbeza yang mana Malaysia berada di zon masa yang keempat.

“Sehubungan itu, kesemua calon yang berdaftar dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan mengikut kertas yang telah didaftarkan bagi menduduki peperiksaan ACCA tersebut mulai Isnin, 4 Sept 2017,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan 4 Sept sebagai cuti umum di seluruh negara bagi menghargai pengorbanan atlet dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 pada 19 hingga 30 Ogos lalu.

Pengisytiharan itu juga sebagai menghargai sokongan tinggi seluruh rakyat Malaysia sempena temasya dwitahunan itu yang menyaksikan negara muncul juara keseluruhan dengan meraih 145 pingat emas. – BERNAMA

Tags: ACCApeperiksaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tarikh Peperiksaan STPM Dipinda

11/05/2022
0

PUTRAJAYA - Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh...

Jepun: Tiga Pelajar Cedera Ditikam Ketika Duduki Peperiksaan

15/01/2022
0

TOKYO: Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kelayakan kemasukan ke universiti di bandar ini, dilaporkan cedera dalam satu kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd