• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penubuhan Malaysia Bawa Faedah Ekonomi, Pekerjaan

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penubuhan Malaysia 54 tahun dahulu telah membawa banyak peluang ekonomi dan pekerjaan baharu kepada rakyat Sarawak yang tidak pernah dinikmati mereka sebelum ini, kata Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Katanya melalui Malaysia, Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai begitu banyak suku kaum, juga telah melalui suatu pengalaman untuk menyesuaikan diri sebagai rakyat Malaysia.

“Ini bukan satu perkara yang mudah dicapai tetapi dalam masa 50 tahun kita telahpun dapat memberi satu keyakinan kuat bahawa penyatuan semua kaun etnik di Sarawak ini telahpun lengkap, dan mereka telah menganggap diri mereka sebagai kaum bumiputera yang sama taraf dengan orang Melayu di Semenanjung,” katanya dalam temu bual khas bersama Prof. Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, baru-baru ini.

Taib berkata bagi penduduk pelbagai suku kaum Sarawak, segala hak istimewa bumiputera telah diterima dengan cukup baik dan ini telah memberi banyak faedah khususnya bagi mereka yang berasal dari bandar.

Prof. Syed Arabi adalah bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini pensyarah komunikasi di universiti sama.

Taib yang merupakan Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum dilantik ke jawatan sekarang lebih tiga tahun lepas itu, berkata rakyat suku kaum Sarawak yang tinggal di hulu-hulu sungai telah dapat menukar bentuk kehidupan mereka kepada cara moden.

“Mereka menganggap diri sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai cukup akses kepada peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan di samping dapat merantau ke tempat-tempat luar dari Sarawak seperti ke Semenanjung dan Sabah sebagai rakyat biasa.

“Ini menunjukkan kebijaksanaan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menyatupadukan kami dalam sebuah negara yang baharu yang telah menguntungkan semua pihak sama ada rakyat di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

“Sekarang ini kita melihat orang-orang yang dahulu tinggal di rumah panjang sudah bekerja di Johor, Kuala Lumpur dan Semenanjung malah di mana sahaja yang ada peluang pekerjaan dengan menggunakan kepandaian mereka,” tambahnya.

Beliau menyifatkan perkara itu satu pencapaian integrasi nasional yang paling penting yang berasaskan peluang ekonomi. – BERNAMA

Tags: MalaysiaSabahsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penganalisis Memuji Komitmen Malaysia

Next Post

NGO Bangladesh Tubuh Pusat Bantuan Pelarian

Related Posts

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

Malaysia Kesal Dengan Kegagalan Berulang Majlis Keselamatan PBB Bertindak Terhadap Situasi Di Gaza

05/06/2025
0

PUTRAJAYA: Malaysia amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menerima pakai resolusi...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

NGO Bangladesh Tubuh Pusat Bantuan Pelarian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd