• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Kuil Sri Subramaniar Swamy Nafi Dakwaan

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Tan Sri R. Nadarajah menafikan dakwaan yang tular di laman sosial, terdapat pengunjung ke kuil itu dipaksa membawa bahan binaan ke puncak tangga kuil.

Sebaliknya beliau berkata aktiviti mengangkat bahan binaan itu adalah kerja amal yang dilakukan secara sukarela sejak akhir tahun lepas.

“Aktiviti itu mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan bekerjasama membantu menyiapkan tempat ibadah. Kita amat menghargai mereka yang sudi menolong secara sukarela. Tetapi kita faham jika ada yang tidak mampu melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kuil ikonik di Batu Caves itu masih dalam proses ubah suai di bahagian dasar bukit, tangga menuju ke puncak serta dalam gua.

Sehubungan itu, pengunjung termasuk pelancong digalakkan membawa bahan binaan seperti bata atau baldi kuning berisi pasir, batu dan simen untuk dibawa ke bahagian atas kuil yang mana kerja-kerja pengubahsuaian sedang dijalankan.

Pelancong daripada Indonesia Nellea Sari Wulandari, 25, yang pertama kali berkunjung ke kuil berkenaan bersetuju untuk membawa bata ke gua kuil kerana ia pengalaman unik dan menarik.

“Naik 272 anak tangga ke atas sudah cukup mengujakan. Lawatan ini semakin bermakna kerana secara tidak langsung, saya dapat melakukan kerja amal. Tetapi saya buat setakat termampu sahaja,” katanya.

Rahul Sadana, 35, daripada India berkata ia merupakan idea yang baik untuk menggalakan orang ramai terutamanya penganut agama Hindu untuk menyumbang dan menjadi sebahagian “pembina” tempat ibadat itu dan secara tidak langsung beramal untuk agama dan Tuhan mereka.

“Saya rasa tidak salah untuk menggalakkan orang ramai berbuat sesuatu yang baik. Sebagai penganut agama Hindu kami percaya Tuhan akan membayar balik mengikut apa yang mereka lakukan,” katanya.

Pengunjung tempatan S.Mala, 43, berpendapat lebih banyak papan tanda perlu diletakkan berdekatan kawasan berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan.

“Mungkin ada pelancong asing yang salah faham dan ingat memang kena bawa (bahan binaan) ke atas terutama yang tidak memahami bahasa Inggeris,” katanya. – Bernama

Tags: Batu Caveskuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

‘Datuk Kong’ Dipindahkan, Netizen Puji Pemilik Akur Arahan PBT

‘Datuk Kong’ Dipindahkan, Netizen Puji Pemilik Akur Arahan PBT

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Sebuah video tular memaparkan patung 'Datuk Kong' dipindahkan dari satu lokasi menarik perhatian ramai netizen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd