• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Bencana Kerian Siap Sedia Hadapi Banjir

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian sedang bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir melanda kawasan Bagan Serai ekoran takungan air di Empangan Kolam Bukit Merah mencapai paras amaran.

Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata ketika ini paras air di empangan itu mencecah 8.99 meter iaitu paras berjaga-jaga atau amaran.

“Kadar perlepasan air ke Sungai Kurau pula mencecah 33.98 meter padu sesaat dan ‘inflow’ Sungai Kurau mencapai 48.39 meter padu sesaat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peralatan nelayan kepada 25 nelayan Kampung Nibong Hangus di sini hari ini.

Beliau berkata lima kampung iaitu Kampung Parit Simpang Empat, Kampung Parit Simpang Lima, Kampung Beriah, Kampung Batu 38 Jalan Keretapi dan Kampung Matang Tengah di Changkat Lobak mula dinaiki air, namun tiada pusat pemindahan banjir dibuka lagi.

Katanya, air banjir di kawasan terlibat meningkat daripada 0.1 meter hingga 0.5 meter disebabkan limpahan air Sungai Kurau ekoran hujan lebat luar biasa selain aliran air dari kawasan hulu Selama dan Ijok.

“Walaupun air mula naik di lima kampung terbabit, penduduk masih enggan berpindah kerana rumah mereka belum dimasuki air.

“Bagaimanapun, kesemua agensi kerajaan terlibat sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir termasuk penyediaan pusat pemindahan mangsa banjir di kawasan berisiko tinggi terjejas banjir,” katanya.

Sham berkata hasil pemantauan pada pagi semalam mendapati paras air bah mula surut dan empat rumah penduduk di Kampung Matang Tengah yang dinaiki air sudah mula kering.

“Keadaan air melintasi jalan di Kilometer 13.5 Jalan Selama, Bagan Serai juga sudah surut dan sejumlah tujuh pam statik dan mudah alih Jabatan Pengairan dan Saliran Kerian beroperasi secara optimum,” katanya.

Beliau berkata bagi menghadapi kemuncak fenomena air laut pasang besar dijangka berlaku minggu ini, beliau berharap keadaan hujan tidak lebat seperti yang sebelum ini.

Sementara itu, Sham menyifatkan penyerahan bantuan berupa jaket keselamatan dan tong insulasi bernilai RM200 kepada sejumlah 111 nelayan seluruh daerah Kerian adalah bukti komitmen kerajaan pusat dalam menjaga kebajikan golongan nelayan di negara ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Sham Mat Sahat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerian Perlu MRSM & Sekolah Berasrama Penuh

20/03/2017
0

PARIT BUNTAR - Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sebuah sekolah berasrama penuh perlu diwujudkan di daerah Kerian dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd