• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Beras Capai 72 Peratus Tahap Sara Diri

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluaran beras negara kini mencapai 72 peratus tahap sara diri bagi menampung keperluan rakyat, kurang lapan peratus daripada sasaran 80 peratus, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sasaran 80 peratus itu sememangnya sudah memadai kerana baki tidak memilih beras tempatan.

“Anggaran kira-kira 80 peratus sudah memadai. Sudah tentu dalam mana-mana negara pasti ada 10 hingga 15 peratus daripada rakyatnya tidak memilih beras tempatan, bergantung kepada cita rasa mereka seperti beras Siam, beras wangi dan sebagainya.

Jika tahap sara diri adalah 100 peratus, ke manakah kita boleh hantar lebihan keluaran yang tidak digunakan itu? Jika kita hendak eksport ke negara lain, adakah beras kita ini kompetitif untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Padi Kebangsaan 2017, dekat siini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pengeluaran beras tempatan perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran 80 peratus itu dan menambah kata pengeluaran padi negara meningkat daripada 1.9 juta tan pada 1990 kepada 3.5 juta tan tahun lepas.

Ahmad Shabery berkata Malaysia juga perlu memberikan penekanan terhadap produk berasaskan beras yang berkualiti tinggi, sebagai contoh krim kecantikan, yang mempunyai potensi besar untuk pasaran eksport.

Persidangan tiga hari itu bermula hari ini bagi membincangkan strategi bagi memperkukuhkan lagi industri padi dan beras negara.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut melancarkan buku Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurangan Kehilangan selepas tuai padi, mengandungi panduan dan kaedah yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan aktiviti pengendalian lepas tuai iaitu penuaian, pengangkutan, pengeringan, pengilangan dan penyimpanan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian itu akan mengenal pasti jumlah kerugian serta membuat penilaian bagi membantu petani di Kedah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

“Kira-kira 700 hektar kawasan pertanian yang terjejas, Insya-Allah, kita akan cari jalan untuk membantu mereka yang berkenaan. Kita ada sifir berapa peratus yang akan diberikan berdasarkan kerugian yang dialami,” katanya. – BERNAMA

Tags: beras
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

Isu Sama Ada Harga Beras Dinaikkan Diputuskan Beberapa Bulan Lagi – Menteri

07/06/2024
0

SERDANG : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai cadangan menaikkan harga siling beras...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd