• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Tangani Ancaman Terhadap Pelantar Minyak

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kumpulan Kerja Keselamatan Negeri (KKKN) Sabah akan mencari pendekatan terbaik bersama operator pelantar minyak di negeri ini bagi menangani kegiatan nelayan di sekitar pelantar, khususnya aktiviti pengeboman ikan di dasar laut.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan melihat aspek perundangan dan prosedur operasi standard (SOP) dalam memantau kegiatan di sekitar pelantar minyak.

“KKKN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman telah mengambil maklum mengenai masalah ini (kegiatan nelayan) dan mendapati trend pencerobohan nelayan di (sekitar) pelantar minyak semakin meningkat.

“Kami (anggota KKKN) telah melihat operasi pelantar minyak di pantai barat Sabah dan akan mengadakan perbincangan secara terperinci bagi mencari pendekatan untuk meminimumkan ancaman keselamatan dan kerugian yang ditanggung operator pelantar minyak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pelantar minyak Saint Joseph dan South Furious dekat Pulau Mantanani kira-kira 45km dari sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Som berkata nelayan hanya boleh menangkap ikan 500 meter dari pelantar minyak agar tidak mengganggu operasi cari gali minyak yang boleh mendatangkan bahaya kepada nelayan dan petugas di pelantar berkenaan.

Menurutnya, sejak awal tahun ini, sebanyak 773 kes pelbagai kesalahan dilaporkan berkaitan kegiatan nelayan secara haram berdekatan 17 pelantar minyak di negeri ini, termasuk aktiviti pengeboman ikan yang dikhuatiri merosakkan terumbu karang di laut, sekali gus menjejaskan industri pelancongan di negeri ini.

“Rondaan di kawasan pelantar minyak ternyata tidak begitu efektif kerana nelayan ini akan beralih pada kedudukan lebih 500 meter dari pelantar minyak apabila menyedari kehadiran kami (APMM).

“Sekarang, perlu ada pendekatan baharu kerana untuk aset APMM berada setiap masa di kawasan pelantar minyak akan melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Mohd Zubil juga berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti pembekal peletus bom ikan kerana dipercayai diseludup dari negara jiran. – BERNAMA

Tags: Datuk Rodzi Md Saad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harap Ada Wakil Rakyat Cina Dalam Pentadbiran Negeri

Next Post

Imigresen Bongkar Aktiviti `Kalungan Bunga’, ‘Cat Walk’

Related Posts

MKN Sabah Hantar Balik 336 PATI Filipina, Indonesia

11/04/2018
0

SANDAKAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menghantar balik 336 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia...

MKN Sabah Hantar Balik 3,036 PATI Sejak Januari

20/02/2018
0

SANDAKAN - Seramai 3,036 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kebanyakannya warganegara Filipina dan Indonesia dihantar balik ke negara asal mereka...

Next Post

Imigresen Bongkar Aktiviti `Kalungan Bunga’, ‘Cat Walk'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd